ALOR SETAR: Indeks jenayah di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 5.41 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata sebanyak 10,523 kes jenayah dilaporkan bagi tahun 2012
berbanding 11,126 kes pada tahun sebelumnya manakala kadar
penyelesaikan kes jenayah adalah sebanyak 47 peratus.
"Daripada 47 peratus kadar penyelesaian kes jenayah, kes yang membabitkan pertuduhan di mahkamah adalah 30 peratus dan bakinya tiada bukti kukuh untuk mensabit orang yang boleh dituduh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disini Ahad.
Ahmad berharap indeks jenayah di Kedah akan terus menurun tahun ini selaras dengan polis kontinjen negeri disenaraikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mencegah jenayah mulai 1 Jan lepas.
"Sasaran penurunan itu mampu dicapai dengan meningkatkan rondaan bermotosikal dan kereta peronda polis (MPV) khusus di kawasan titik panas," katanya.
Menurutnya, polis akan meningkatkan sekatan jalan raya dan menambah waktu rondaan di kawasan strategik termasuk menggunakan khidmat anggota sukarelawan polis (PVR).-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda