PRU13: Jangan soal hak PM, kata Umno Kedah
ALOR SETAR - Mana-mana anggota Pas yang tidak faham mengenai hak Perdana Menteri dalam soal bila hendak mengumumkan pilihan raya umum (PRU) sepatutnya terlebih dahulu menggesa pemimpin pakatan pembangkang mengadakan PRU di negeri yang dikuasai mereka dan bukan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'pengecut atau takut'.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata, isu Perdana Menteri hendak mengumumkan bila pilihan raya umum hendak diadakan adalah hak beliau.
"Dalam soal ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak lebih faham apabila menyatakan ia adalah haknya untuk mengistiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).
Nampaknya ahli-ahli Pas sahaja tidak faham.
"Kita (Barisan Nasional) tiada masalah jika mereka hendak bubar Dun sekarang tapi apa salahnya PRU diadakan sehingga tempohnya matang April ini," katanya semasa diminta mengulas pemimpin Pas yang menyifatkan Najib takut hendak mengadakan PRU sekarang.Selanjutnya PI SANA

La ni depa baru mula tau tentang HAK kot...tapi depa lupa sikit tentang ketelusan,tentang maruah dan semangat demokrasi yang depa sendiri perjuangkan.
Hak rakyat pula macamana ? Rakyat mau melihat perubahan,bukan lagi dengan kenyataan "kalau kerajaan umnooo / be end tak buat, tak ada le itu ini dalam negara ". Rakyat yang cerdik pasti tidak memerlukan pemimpin yang suka memperbodohkan rakyat sendiri. Pemimpin yang cerdik dan ikhlas pula pasti akan berusaha membawa rakyat dan negara yang dipimpin jauh kehadapan melangkau tahap pencapaian semasa.
Jadi, pakat-pakat le TEBAS minda sendiri agar dapat keluar dari tempurung kepala masing-masing yang masih beranggapan depa buat depa tanggung,sedangkan keputusan dan tindakan pemimpin menyebabkan semua rakyat terpaksa menanggung atau menghadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda