21 Mac, 2013

calon umno Kubang Pasu : cempera habis

Hari ni kita teropong pula ke kawasan Parlimen Kubang Pasu..kubu umno zaman mahathir.La ni makin cempera walaupun umno menguasai ketiga-tiga kerusi disitu. Kawasan paling selamat untuk calon umno...mca atau mic..jawabnya no way tak boleh mencelah...tu yang pakat dok berebut sangat.

hhhmmm...mampuih aku kali ni..3 penjuru
Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri yang dok ada tu Johari Baharom,kali ni akan disepak keluar dari senarai utama calon pru 13 kerana selalu ketinggalan keretapi dan pernah dikaitkan dengan kes bebas penjenayah dan juga melibatkan wang sampai RM 5 juta semasa jadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu. 

Dalam diam-diam ada sepuak umno Kubang Pasu dah berkompromi nak bawa naik calon baru yang bergelar doktor.

posing pun..macam gambar calon dah
Calon ni depa kata lebih cerdik dari yang dok ada iaitu Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak...naib Canselor UUM pula tu ..yang selalu berkokok membela umno sejak dua menjak ni...biasa la..dah cemuih atau tak boleh makan dgn Ketua Bahagian,depa pun akan tebas la semak tu...ni lah masa yang terbaik untuk depa percerahkan denai tu..sebab dr. ni bukan tau sangat sepak terajang politik umno....maka mudahlah dr ni ditalikan hidungnya. Bila tengok gambar macam keturunan doktor wakil rakyat Kubang Pasu yang dulu juga...nak buat macamana dah habis dah melayu yang cerdik...yg ni pun yang ni lah. Tapi takut juga...takut jadi macam tok wakil prof. dulu juga.
menang kali ni..silap2 jadi mb lee

Tapi persaingan depa bukan setakat tu saja, sebab ada lagi sepuak yang dok kira nak letakkan calon lain...recycle pun recycle la..janji 2 orang bakal calon tu terpelanting. Puak ni pula lebih suka wanita..sebab pemimpin wanita yang dok ada di Kedah ni semuanya low class..kata depa.


Inilah peluang bagi ketua wanita bahagian Kubang pasu untuk buat comeback..tunggu apa lagi..terima aja le Khalidah oii..hang pun bukan calang-calang kelulusan jika nak banding dengan 2 orang pesaing tu. Ni lah juga peluang nak penaik balik nama wanita umno Kedah..harap kat Shahanim dan Suraya..jawabnya pakai tak dak tempat la hangpa kat peringkat Kebangsaan tu...Mulut depa pun dah tak keluar suara la ni untuk bercakap mengenai wanita umno...entah ka depa dok kalut meniaga cari duit kat pusat tu...kalau depa dok sibuk nak jadi calon pun buat habis duit jaa...menang belum tentu lagi.

Tebas..jangan tak tebas...nanti oghang lain tebas hangpa pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda