05 Mac, 2013

Lahad Datu :Tragedi politik ??????


Tahun 1981 aku berkesempatan bertugas di kawasan Lahad Datu dan Semporna walaupun untuk tempoh yang singkat. Ketika itu sudah ramai pendatang atau dikenali sebagai pelarian dari Filipina angkara perbalahan di Mindanao.

Aku sering ke sebuah gerai makan di pasar Lahad Datu yang diuruskan oleh seorang makcik yang mendakwa beliau dari keturunan Raja Sulu. Aku tak ambil peduli sangat,kerana kisah Kesultanan Sulu seolah-olah sudah lenyap dan menjadi bahan sejarah. Pada ketika itu sudah ramai yang menjadi rakyat Malaysia. Kg. Air, Lahad Datu dipenuhi oleh mereka yang berketurunan Sulu dan Moro serta sebilangan kecil dari Indonesia.

Tahun 2013 ini melakar sejarah baru dengan "Tragedi Lahad Datu"  yang  telah meragut 7 nyawa anggota keselamatan negara. Begitu juga dikalangan "penceroboh". Rakyat Malaysia dan dunia Islam semakin gundah mengikuti kisah tragis ini. Kisah pertembungan antara saudara seagama angkara perselisihan yang entah dimana punca dan silapnya.
Sejarah lampau telah menidakkan hak mereka keatas tanah itu dengan perjanjian yang masih digunapakai. 

Bermula dari tarikh 9 Feb 2013, nama Lahad Datu dan "Kesultanan Sulu" kini semakin popular dan pasti akan terukir sebagai satu fakta sejarah dizaman dunia tanpa sempadan ini. 

Hari ni aku bukan nak masuk campur tentang operasi berkaitan "keselamatan" kerana aku juga tahu serba sedikit tentang prosedur yang perlu dipatuhi, tetapi aku cuma nak berkongsi apa yang berlegar dalam kepala aku.

Kenapa ini harus terjadi ? Siapakah mereka "Penceroboh" itu ? Kronologi ringkas dipetik dari beberapa sumber Bernama:

9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
Adakah rundingan ini berlaku ?  Tiada sebarang kenyataan atau maklumat yg diumumkan kpd  umum.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan Malaysia dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta 2 lagi cedera.

Takziah kepada kaum keluarga wira-wira negara,moga-moga Allah meletakkan roh mereka dikalangan para syuhada.

2 Mac 2013- Tembak menembak berlaku di Kg Sri Jaya Siminul,Semporna dan mengakibatkan 5 anggota polis gugur.

Pekan Semporna dulu..aku pernah meronda disini
Cepatnya ia merebak atau mereka melarikan diri dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan dalam jarak lebih 167 km dari Lahad Datu ke Kg Sri Jaya Siminul dan jarak Kg Tanduo ke Lahad Datu pula lebih kurang 3 jam perjalanan dgn kereta serta dalam keadaan mereka berada dikepung oleh pihak keselamatan negera dijarak 500 m keliling. Untuk ke Kunak/Semporna terpaksa melewati Lahad Datu dulu..

Hebat…mereka boleh bolos dan melarikan diri hingga ke Kawasan Kunak/Semporna atau mereka memang sudah berada di Semporna dalam tempoh tersebut.

Kini,ia menjadi teka teki apakah mereka ini benar-benar penceroboh atau mereka memang sudah menetap di Sabah sejak sekian lama dan berulang alik ke Filipina seperti rakyat Thailand disempadan Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan yang setengahnya mempunyai kad pengenalan Malaysia atau sudah menjadi rakyat Malaysia atau mempunyai dua kerakyatan. Tidak mustahil perkara ini wujud kerana sudah ramai yang mengetahuinya.

Motif apakah sebenarnya "pencerobohan" ini ?.
Untuk menuntut kembali hak wilayah kesultanan Sulu ?
Untuk menuntut janji dari pihak tertentu terhadap sesuatu yang telah dijanjikan ?
Untuk kemahsyuran diri atau kumpulan Kesultanan Sulu sebagai senjata politik di Filipina khususnya Mindanao  yang telah mendapat autonomi ?

Atau merupakan satu perancangan pihak tertentu dalam menarik sokongan politik,maka digunakan kumpulan ini sebagai kambing hitam dengan isu tuntutan yang sudah pudar atau untuk menutup kes lain ?

Hanya yang terlibat yang mengetahuinya…orang lain akan mencari jawapan dengan andaian dari berbagai sudut. Maka yang jelasnya ia dikategorikan sebagai mainan politik. Rakyat juga berhak mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda