10 Mac, 2013

Lahad Datu : patriotik sangatkah depa ?

Wah...tragedi Lahad Datu mengundang berbagai aksi dikalangan rakyat Malaysia termasuk pemimpin dan yang dipimpin..Harap-harap natijahnya akan membuat rakyat Malaysia menjadi semakin cerdik dari berbagai sudut.
Aku naik hairan juga...di medan lokasi pencerobohan makin panas dengan bedilan dari berbagai jenis senjata api dan persenjataan..Bermula dari jet pejuang hingga ke senjata kecil..menjadi medan "ujian" peralatan atau persenjataan atau medan pelupusan. Seronok pun ada bagi orang kampung yang bertugas disana..bukan senang nak boleh letup-letup macam dimedan perang...selalu dok berlatih je dgn bom bisu dan bunyi "boom" dimulut, kini boleh terus guna yg "real" beb. Satu lagi tahap pelajaran kita hari ni.

Dari satu sudut lagi..bab kenyataan pemimpin...makin hari makin menjadi-jadi. Tapi yang hairannya kenyataan dari Tian Chua...aku tak jumpa pun rakaman atau catatan ucapan beliau yang menjadi bahan laporan polis oleh beberapa gulungan masyarakat...alahai..bila ucapan ni keluar dulu..

tak dengar pun puak-puak umno atau pejuang bangsa melayu sibuk dok buat laporan polis...bila HANYA dengar berita yg menyatakan ada pemimpin dari PR menyebut sesuatu yang dikatakan mereka menghina,maka berebut-rebut la kebalai polis lapor...Bertambah lagi le kerja polis...entah benar entah tidak ucapan tu...ramai yg tertanya-tanya...tapi bab diatas tu nyata ramai yg tahu..

Patriotik sangatkah depa tu ?

Nak pilih yang mana lebih hina pun dah jadi celaru...kena pakat TEBAS minda sendiri la..sambil-sambil tu buka le Al-quran sama...jenguk-jenguk pi la apa yang diperingatkan kepada kita ni.


$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ŠÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù 4n?tã $tB óOçFù=yèsù tûüÏBÏ»tR ÇÏÈ
 Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(Al-Hujurat :6)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...