Bila tragedi Lahad Datu berlaku..mula la bergema kembali "kita hargai pengorbanan mereka para perwira negara". Rakyat Malaysia harus menghargai pengorbanan mereka dan berbagai lagi kata indah. Naik melugai dengar....ikhlas atau tidak, hanya mereka dan Allah jua yang mengetahuinya. Bila hangpa tengok pasukan tentera dalam perbarisan..wah bukan main segak dan kemas...tapi apa yang kebanyakannya tahu erti kehidupan mereka itu..Hanya yang seangkatan dengan mereka sahaja yang merasainya.
Seingat aku, sudah berpuluh tahun diperjuangkan tentang gaji bagi perkhidmatan tentera Malaysia ni...dari satu generasi kesatu generasi tentera supaya Perkhidmatan Tentera ini dikategorikan sebagai bertaraf "Profesional". Malangnya hingga saat ini masih ketinggalan dari rakan-rakan tentera dikebanyakan negara lain yang setaraf atau lebih maju dari Malaysia termasuk juga kebajikan kepada veteran tentera.
Mana nak dinaiktarafkan kerjaya tu...depa kata nak mampuih kena bayar gaji ikut gred diatas keatas beratus ribu tentera..
Kerjaya tentera bukan seperti kerjaya perkhidmatan awam...Sepanjang perkhidmatan tentera penuh dengan latihan..kursus dan tugas. Walaupun terdapat masa cuti atau rehat tetapi kadangkala cuti tahunan pun tak sempat dihabiskan dek kerana tugas..Tiada negara yang tempoh perkhidmatan tentera boleh sampai ke umur 55 tahun atau 60 tahun...kenapa ?
Kerana hampir semua tenaga,minda,perasaan dan masa terpaksa digandakan kegunaannya melebihi dari sepatutnya. Tidak semua orang yg sihat,sasa atau mempunyai kelulusan yg disyaratkan layak menjadi seorang tentera...Hanya mereka yg terpilih sahaja mampu mengikuti kehidupan dan tugas sebagai seorang pahlawan negara.
Mana boleh samakan taraf gaji dengan perkhidmatan awam kerana senario dan bidang tugas jauh berbeza walaupun setengahnya dilihat sama. Apatah lagi tanggungjawab seorang tentera nyata lebih berat dari seorang yang setaraf tangga gajinya disektor awam.
Dalam kamus hidup tentera..Biar pun tinggal seorang, negara mesti dipertahankan jika diserang oleh pihak musuh... Orang lain..pak menteri atau pemimpin boleh cabut dulu..minta suaka politik kat negara lain. Orang awam lain boleh jadi pelarian perang. Tentera ? Sudah tentu dipanggil pengecut atau pengkhianat atau melanggar sempadan negara lain dan yang paling teruk boleh dikenakan tindakan kerana "Lari dari Tugas" atau Lari dari medan perang.
Bagi seorang tentera juga hanya satu pepatah yang ada didalam diri mereka " Membunuh musuh atau dibunuh Musuh" dan ini merupakan satu bebanan yang paling berat yang tidak dirasai oleh orang awam lain.
hangpa seronok le tengok... |
Mana nak dinaiktarafkan kerjaya tu...depa kata nak mampuih kena bayar gaji ikut gred diatas keatas beratus ribu tentera..
Hallo Bravo one..kami nak kena bom gula-gula..over ! |
Kerana hampir semua tenaga,minda,perasaan dan masa terpaksa digandakan kegunaannya melebihi dari sepatutnya. Tidak semua orang yg sihat,sasa atau mempunyai kelulusan yg disyaratkan layak menjadi seorang tentera...Hanya mereka yg terpilih sahaja mampu mengikuti kehidupan dan tugas sebagai seorang pahlawan negara.
emmm...kalau boleh rehat dlm aircond..baru sama taraf noo |
rutin dlm kehidupan...tak percaya ? |
Bagi seorang tentera juga hanya satu pepatah yang ada didalam diri mereka " Membunuh musuh atau dibunuh Musuh" dan ini merupakan satu bebanan yang paling berat yang tidak dirasai oleh orang awam lain.
ooohhhh...kita lihat sapa yang kena. |
Bila gaji dinaikkan maka bertempiklah di surat khabar dan media lain menyatakan bahawa kerajaan ni baik..bagus...ambil kisah tentang rakyat seolah-olah di negara lain tu tak ada kenaikan gaji macam kita...apa punya akai pun tak tau la... Woi yang kerja sendiri,buruh,penjaja hangpa penaik apa pula kat depa ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda