medium utama selain jenis bertulis |
Dunia semakin tua dan manusia dikatakan semakin maju dengan berbagai teknologi. Beberapa tahun yang lalu kita dikejutkan dengan berita tentang kemajuan manusia dalam mencipta "Manusia Klon" selain "Klon Binatang". Usaha ini ditentang ramai dan kemudian menjadi senyap. Adakah gulungan para saintis ini berhenti dari terus membuat kajian mereka ?
Kini kita dihidangkan dengan berbagai filem tentang "Klon" ini dalam berbagai tajuk. Jika kisah dari komik tentang pengembaraan diangkasa dan robot kini sudah menjadi satu realiti, maka tidak mustahil akan wujudnya manusia klon ini apabila terdapat manusia yang merasakan dirinya sudah hebat dan pandai mencipta seumpama TUHAN.
Kisah dizaman Firaun sudah cukup untuk menjadi peringatan kepada kita atau kepada manusia yang mempercayai bahawa dia diciptakan oleh Yang Maha Pencipta yakni Allah.
Sedarkah anda, dalam kehidupan dewasa ini walaupun belum wujudnya ramai manusia klon atau robot seperti manusia dicelah kehidupan, kita sudah mula menjadi "Manusia dan Robot" yang sedang hidup mengikut apa yang diprogramkan oleh sekelompok manusia "gila" yang terdiri dari berbagai bangsa.
Kini mereka sedang mengawal kita dengan menggunakan berbagai sudut yang bermula dirumah,sekolah,pejabat,jalanraya dan serata tempat. Gulungan ini akan membasuh minda kita melalui semua medium yang dibenarkan tanpa kita sedari atau apabila kita sudah lali atau beranggapan bahawa semua peralatan sudah menjadi kemestian untuk kita seharian.
Maka berwaspadalah dengan penggunaannya dan jangan keterlaluan serta mempercayai apa yang dipaparkan kepada kita bulat-bulat.
Kini sudah bermula pula episod yang semakin maju atas nama kesihatan,kerana memang ramai manusia yang takut "mati". Rangkaian pengawasan atas kesihatan seseorang dari suhu badan sehingga ketahap kemungkinan dihinggapi sebarang penyakit.
Ingatlah !!!!. Kita sebagai manusia hendaklah meyakini apa saja yang hidup pasti akan menemui hari kematian dan kehidupan didunia ini hanya satu penipuan terhadap kita . Sesuai dengan firman Allah s.w.t
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran : ayat 185)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda