02 Mac, 2013

lekas pakat banding...manifesto be end menarik.

Giliran Be End pula umumkan manifesto..menarik dan parktikal kata Tim. Presiden umno.

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.
"Selepas tarikh Parlimen dibubarkan, masih ada tempoh masa supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk rakyat memberi penilaian tentang apa yang kita sediakan dalam manifesto itu," katanya.
Bila baca berita tu..aduh...rupanya belum siap lagi macam dulu-dulu juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda