
Para petugas PAS pula memenuhi pos-pos yang mereka dirikan dengan berbagai aktiviti untuk menghadapi pru 13 ni. Markaz-markaz PAS kelihatan diterangi cahaya berbagai warna dan medan parkingnya dipenuhi kenderaan dan kelihatan sibuk menandakan mereka sedang bergerak untuk mempertahankan Kedah sejahtera.

Pergolakan makin berkocak...bakal calon umno di Jerlun belum nampak susuk tubuh siapa sebenarnya ? Kawasan yang dahulu diwakili bekas seorang timbalan Menteri...kini dengar khabaq namanya didowngradekan ke kerusi DUN bagi memenuhi hasrat untuk dijadikan MB Kedah jika be end menang..
Pengerusi umno Kedah tentu kena tendang dari perebutan tu...tetapi dalam masa yang sama veteran mantan orang kuat Jerlun Othman Aziz pun masih mendambakan kerusi tu..sayangnya nama beliau juga dikhabarkan hilang dari senarai..adusss makin sengit ni...patut pun pejabat umno bahagian bergelap.
Alang-alang gelap biar bergelap semuanya. Rakyat Kedah la bukan macam dulu lagi yang dok kira termakan budi dari orang tua hingga ke anak pun disanjungnya.
Dulu boleh la bagi undi kerana terkenangkan bapa..La ni kalau takat dok tumpang populariti bapa,rakyat dok macam tu juga.Bagi RM 500 disuruh makan setahun..roadtax kereta lagi mahal...tak payah la...biar terus bergelap lagi baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda