10 Jun, 2013

Jerat tak lupa Pelanduk pun..

Esok hari akhir untuk failkan petisyen pilihan raya bagi PRU 13.Pakatan Rakyat rasanya akan menyerahkan notis bagi beberapa kawasan begitu juga dengan BN...sebab sebelum ni PR kata nak buat petisyen bagi 27 kawasan sementara Be End lagi banyak...sampai 50 kawasan.
Pakat-pakat tunggu dan lihat atau dengar la...sejauhmana ia akan berlaku. Mungkin akan ada janji yang dicapati...Semua pihak tak puas hati...tentu ada sesuatu yang tak kena kepada SPR dalam menjalankan tugas dalam pilihan raya ni.
Ada orang tanya aku...agak-agak petisyen ni boleh ke terdapat keputusan yang akan menyebabkan berlakunya pilihan raya semula ?..Mungkin boleh berlaku...jika negara kita macam beberapa negara lain yang akan mengambil kira kesalahan tetap kesalahan walaupun pelanggaran undang-undang atau peraturan asas kepada ketelusan yang terjadi itu hanya 1 kes...Agak-agak hangpa macamana pula ?

Ni berita dari keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Mei 2013.
 Dalam kenyataan ni, Pengerusi SPR kata nak ambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang saja..Hangpa fikir sendiri la..standard orang yang diamanahkan untuk menguruskan hal pilihan raya dalam negara kita.
Kalau ikut gaya bahasa yang dia gunapakai seperti yang tertulis dalam akhbar ni...nampak gayanya macam I'm always right...i'm Mr perfect.

Adoiii nak TEBAS semak samun dalam negara sendiri pun susah...sebab ada pagar yang dok keliling tak bagi orang masuk. Tembok Berlin pun  rakyatnya dah runtuhkan....Tembok Besar negeri Cina tu pasai bahan sejarah je...kalau tidak dah lama ghuyup. Tapi hakikatnya apa pun makin lama makin tua dan makin reput. Akai manusia pun makin lama cerdik dan berpengalaman samada yang baik atau yang berbuat jahat.
Hangpa kena ingat la juga noo...Jerat bukan pelanduk pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...