23 Julai, 2013

PRK Kuala Besut : Jenuh bela dan tanam la

Panas..panas..dengan bahang PRK kali ni..pihak memerintah khususnya umno semakin ligat dgn berbagai janji dan sumbangan habuan kepada pengundi..Dah beratus juta dijanjikan untuk pembangunan di Kuala Besut..macam biasa le..Tapi aku nak kongsikan tentang pemberian berikut kepada penduduk..
Mula-mula sampai untuk tugas...ku lihat ada program penyampaian anak ayam kepada penduduk kerana sekarang ni harga ayam sudah mahal...hehehe...strategi tahun 70an...Jenuh bela dengan beli makanan ayam tu untuk tempoh 40 hari bagi pembesarannya...dah le dok harap duit bantuan sara hidup nelayan sebulan RM 200.
Lepas tu..ada lagi program sumbangan untuk penduduk..nah kali ni diberinya
kali ni diberinya benih kelapa pula...dok tepi laut..celik-celik mata nampak pokok kelapa...yg tumbuh keliling rumah berlambak..hahahha

Kemudian ada lagi..beri
Benih Salak pula..jenuh tanam..buat pagar..lepas tu pakat kepung anak-anak supaya tak kena duri..
Huiis...macam-macam benih la...nak tanam kat mane ?..Kebanyak rumah yg ada dok macam rumah setinggan..rapat-rapat...Ada yang dok menyewa rumah papan tepi sungai dan dalam kampung sebab tak ada tanah untuk buat rumah...Ada yang dok berumah atas tanah orang lain...Aduhhh pening juga...nak tanam benih-benih tu kat mana..
Itulah yang telah berlaku di Kuala Besut....Lain yang diharap lain yang dapat...sapu aje la...Kami mahu tanah dan rumah.
Lepas ni penduduk Kuala Besut nak kena TEBAS apa pun tak tau la.
Aku kira ajak mereka untuk TEBAS umno supaya Be End.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda