02 April, 2015

Gagau Sampai Temboih

Selamat bertemu kembali.. Dah lebih setahun dok layan fb dan aplikasi lain dengan berbagai bentuk dan rupa...jenuh layan.

Hari ni aku mula balik dengan pandangan ringkas berkaitan kehidupan di Malaysia ni. Melalui aplikasi lain ramai yang sibuk dok pos pandangan dengan dikaitkan dengan hadis nabi SAW berkaitan rezki manusia...betul juga yang depa faham tu.

Masalah GST yang baru bermula di Malaysia..para menteri kata banyak barangan yang tak akan dinaikkan harga..betoi ka.
 
Semalam..april fool 01 April 2015...ramai rakyat yang mula merungut tentang harga barangan ni..antaranya.

Kalau dilihat pada resit tu..pening juga dibuatnya. Govt tax..Serv charge lagi..dua-dua kena.

Berbalik kpd topik berkaitan rezki tu...depa faham kalau kita redha kira ok la...Allah dah jamin rezki setiap hambaNya...bab ni memang tak boleh nak sanggah la...tapi nak tanya juga...kalau hangpa tau jalan didepan tu ada harimau atau ada tanah dok runtuh sudah tentu la hangpa tak ikut jalan tu...pasaipa ? tentu org akan jawab "bodoh la kalau pi juga..nak tempah maut ?"...Aku nak tanya juga la..maut tu hangpa tau ka ? Bukan kah Allah dah tetapkan masa dan ketika dan tempatnya seseorang itu akan menemui ajalnya...jika tak sampai masanya takkan mati le seseorang tu walaupun diterkam harimau atau ditimbus tanah runtuh.

Bab GST ni dan sebarang yang berkaitan yang boleh dielakkan kenapa tak mau elak ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...