Setelah iman dan tauhid meresap ke dalam jiwa seseorang, maka ia akan melahirkan kesan-kesan serta akhlak yang mulia. Iman itu juga akan menyebabkan seseorang itu mampu untuk melakukan beberapa perkara yang di panggil " tuntutan iman ". Jika seseorang itu tidak melakukan tuntutan tersebut, ini bererti imannya masih belum berfungsi, masih dianggap sebagai iman yang masih belum bernyawa, sebab itu setiap orang muslim yang sebenar, didapati ia tetap menunaikan dan melakukan tuntutan iman dengan baik dan ikhlas, dan tanpa melengah-lengahnya. Tuntutan iman dan tauhid ini sangat banyak, diantaranya :
1- Tasdiq atau membenarkan segala apa yang datang daripada Allah Swt dan Rasul-Nya. Seorang muslim ia mesti membenar dan percaya sepenuhnya tanpa syak dan ragu kepada segala apa perkhabaran yang datang daripada Allah Swt dan Rasul-Nya sama ada yang terkandung dalam Al-Quran atau di dalam hadith. Mereka mempercayai bahawa segala perkara yang bukan dari Allah Swt dan Rasul-Nya adalah palsu. Allah Swt berfirman :
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ (7) أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ (8)
Bermaksud : (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
2- Taat kepada Allah Swt dan taat kepada Rasul-Nya. Maka ia akan tunduk dan patuh kepada perintah-perintah Allah swt dan Rasul-Nya. Ia telah berhati-hati dalam melaksanakan amalan-amalan supaya selalu bersesuaian dengan kitab Allah Swt dan sunnah Rasul-Nya. Allah Swt berfirman :
مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).
Selain daripada itu ia juga mesti melaksanakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh Allah Swt dan meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Allah Swt berfirman :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bermaksud : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya) Al-Hasyr 7
Umat islam masa kini tidak lagi memahami ajaran islam yang sebenar. Lantas, ada umat islam yang sanggup MENCAMPUR ADUKKAN ajaran KARUT dan idealogi-idealogi lain ke dalam islam. Ada yang MENYELEWENGKAN ISLAM, ada yang memahami islam secara songsang, ada yang mengabaikan keseimbangan amalan islam dan ada juga yang cuma mengambil sebahagian sahaja dari keseluruhan ajaran islam. Dengan ini saya mengharapkan dapatlah kiranya kita semua menghayati ajaran islam yang sebenarnya dan sesuai dengan identiti islam seperti yang telah diterangkan KESEMPURNAAN ISLAM DIDALAM AL-QURAN.
" TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH " .
Ustaz Zulhaidi
24 Zulqaedah 1436H
8 Sept 2015 selasa
6: 40 Pagi
24 Zulqaedah 1436H
8 Sept 2015 selasa
6: 40 Pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda