23 Disember, 2009

Perubahan Minda


Tanggal 22 Disember 2009, satu majlis dialog penduduk telah diadakan bersama ADUN Alor Mengkudu YB Dr.Ismail Salleh dengan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berkait langsung dengan permasalahan penduduk. Majlis yang telah diadakan di Taman Putra Jaya, jalan Tanjung Bendahara telah dihadiri oleh MKK serta wakil-wakil penduduk Taman perumahan yang ada di Kawasan tersebut.

Para penduduk telah diberi peluang meluahkan keresahan tentang perkhidmatan agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya mereka perolehi dengan sebaik mungkin.Jabatan dan Agensi yang terlibat adalah PDRM,JPS,JKM,JKR dan sudah tentu sekali wakil dari MBAS.

Kesimpulan yang dapat diambil...rata-rata penduduk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan MBAS terhadap mereka sebagai pembayar cukai. Ia bukanlah masalah baru yang dibangkitkan tetapi merupakan masalah yang diwarisi dari Kerajaan Kedah yang dibawah kepimpinan yang lalu. Apa pun yang dibangkitkan kini merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terus oleh para kakitangan kerajaan atau agensi berkaitan biarpun kepimpinan kerajaan telah bertukar, kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

Pemimpin negeri adalah orang politik dan mereka hanya pembuat dasar kepada negeri tersebut. Dasar yang dibuat sudah tentulah berpandukan Dasar perjuangan parti masing-masing. Pelaksana atau penguatkuasaan kepada Dasar yang dibuat adalah Kakitangan Kerajaan itu sendiri.Inilah perkara yang perlu diketahui oleh semua rakyat. Kakitangan kerajaan mestilah bertindak secara profesional selaras dengan profesion mereka. Mereka tidak boleh bertindak mengikut dasar yang berbeza dari Dasar Kerajaan yang sediada, kerana mereka hanya pelaksana.

Dari apa yang ku amati semasa dialog tersebut, didapati para pegawai kerajaan kelihatan mula memahami dasar kerajaan sekarang,walaupun terdapat sedikit sikap lama dalam memberi jawapan kepada penduduk. Sungguhpun demikian diucapkan syabas kepada pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Alor Mengkudu serta wakil-wakil Jabatan/Agensi Kerajaan yang turut serta bagi mengetahui keluhan penduduk serta menyampaikan sedikit maklumat tentang Jabatan/agensi masing-masing.


Rakyat/penduduk janganlah meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi kepada Kerajaan dibawah pimpinan sekarang untuk menyelesaikan segala masalah dalam masa yang singkat. Pimpinan kerajaan kini mewarisi masalah negeri yang terkumpul sejak 50 tahun yang lalu.Sudah tentulah ia akan mengambil masa untuk menyelesaikan sebaik mungkin untuk Kesejahteraan rakyat Kedah mengikut keutamaan.

Apa yang aku lihat, keutamaan Kerajaan Negeri Kedah sekarang adalah untuk merubah struktur pemikiran Kakitangan Kerajaan itu sendiri, bagi menjadikan mereka seorang insan yang bertanggungjawab terhadap negerinya dan bukan terhadap parti yang disokongnya, kerana mereka dibayar upah atau gaji dalam menjalankan tugas mereka.Upah atau gaji yang mereka perolehi adalah bersumberkan dari hasil mahsul dan cukai dari negeri serta penduduknya dan bukanlah dari parti-parti politik yang ada.


Fasa kedua Kerajaan Negeri Kedah ini pula,dilihat sebagai usaha merubah arus pemikiran penduduk Kedah kearah pemikiran yang konstruktif dan merdeka. Pemimpin yang ada bukan mengajak menyokong parti mereka secara totok tanpa memikirkan buruk dan baik. Mereka mengajak rakyat membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum rakyat diajak memberi keputusan didalam Pilihan raya. Minda yang hidup dengan hati yang tulus pasti akan menzahirkan keputusan yang positif.Biarpun terdapat gulungan yang memikirkan tentang keuntungan dan perut sendiri.

SEMUANYA TERLETAK DI HATI DAN PERASAAN MASING-MASING.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda