17 Disember, 2009

umno kata legaaaa....rakyat kata bodohhhhh...

Dalam situasi yang genting kepada umno dan bn, nasib masih menyebelahi mereka.Umno dan bn masih boleh bertahan lagi untuk seketika atau mungkin untuk masa yang lebih panjang.Bermula dari One Malaysia dan beberapa pendekatan mereka menyebabkan rakyat negara ini merasa terlepas dari beberapa kekusutan minda politik mereka.

Dalam masa yang sama PR yang mendapat semakin mendapat sokongan rakyat melalui PRU ke 12 yang lalu cuba memberi tekanan terhadap survival politik umno dan bn, dengan harapan umno dan bn akan tumbang segera selepas Mac 2008. Bermula dengan ancaman 16 September DSAI yang kelihatan mengancam umno bn. Tetapi langkah mengelak yang diambil oleh umno dan bn telah menyebabkan terjahan DSAI tersasar. Maka berbagai telahan telah dilemparkan keminda pengundi/rakyat yang tertunggu-tunggu saat rebahnya kolonial tanahair ini.

Umno dan bn kemudiannya mengambil langkah serangan yang bertubi-tubi terhadap PR. Akhirnya kecundang juga PR di Perak angkara langkah sumbang yang diambil oleh pimpinan dan wakil rakyat PR di Perak. Semangat umno dan bn meningkat semula walaupun berjaya dengan langkah haram di Perak.

Kemudian berlakulah pula gelombang baru Pilihan raya Kecil. Dari satu negeri ke satu negeri yang memperlihatkan kecendorongan minda rakyat terhadap pembaharuan politik Malaysia.Keputusan PRK telah menggambarkan apa yang diidamkan oleh PR bakal berlaku segera walaupun terlepas peluang di PRK Batang Ai dan Bagan Pinang.

Kini umno dan bn semakin menggasak minda rakyat dengan berbagai pendekatan bagi mendapatkan semula sokongan majoriti yang lebih dari rakyat dengan harapan mereka akan kembali berkuasa dalam keadaan seperti sebelum PRU 12.

Kerajaan negeri dibawah PR terus diasak melalui berbagai sudut sehinggakan kelihatan sesak nafas dibuatnya. Dalam keadaan sesak ini PR kelihatan masih utuh dan mampu mengkucar kacirkan umno dan bn yang berada dalam kekalutan. Umno dan bn terpaksa bergelut menstabilkan diri angkara kekalutan dalaman parti masing-masing.

Dua hari yang lalu merupakan satu lagi peluang keemasan yang ada buat PR bagi mengaibkan umno dan bn. Malangnya peluang tersebut telah gagal direbut baik oleh MP PR. Peluang dalam undi terhadap "Budget" negara yang telah dibentangkan oleh PM sebelum itu. Berbagai telahan dibuat oleh pengundi samada yang menyokong PR ataupun bn. Jawapan dari MP juga telah diberi terutama dari PR terhadap kegagalan mereka menggunakan peluang yang ada. Umno dan bn boleh tersenyum lebar walaupun mereka sebenarnya rasa tersekat nafas...alahai nasib baik..

Kesinambungan itu, rakyat mula melihat kedua-dua pihak untuk menilai. PR kah yang patut terus disokong atau bn ?..Ahli Parlimen kedua-dua pihak dilihat mempunyai kebodohan atau keangkuhan masing-masing. Kepada puak bn sudah tentulah diperkatakan mereka memang angkuh dan tidak mengetahui keutamaan rakyat sejak dulu lagi. Kepada pihak PR pula bagaimana hendak diperkatakan. Hilang sudahkah sifat keperihatinan dan tidak tahu meletakkan keutamaan apabila melihat kepada pernyataan yang dibuat. Mengeluh lah para pengundi yang menaruh harapan yang tinggi terhadap komitmen AP yang mereka pilih...JANGAN ULANGI kesilapan ini lagi..Ambillah pendekatan Asak dan terus mengasak terhadap lawan sekiranya mau berlawan..jangan diberi peluang untuk lawan mengambil angin walaupun kita juga keletihan kerana itu sebahagian dari prinsip dalam perjuangan ini.

Jangan biarkan diri tuan puan Yang Berhormat tidak dihormati oleh pengundi. Apatah lagi dikalangan para petugas parti yang bertungkus lumus bagi memenangkan parti dengan tuan puan sebagai wakilnya.Jangan biarkan diri Yang Berhormat disibukkan oleh godaan keperluan diri. Ingatlah kadangkala SATU KEBAIKAN BOLEH MENUTUP SEPULUH KEBURUKAN dan ada ketikanya SATU KEBURUKAN BOLEH MENIMBUS SERIBU KEBAIKAN.

Jadikan insiden ini sebagai yang terakhir dalam kehidupan anda sebagai Yang Berhormat. Kalau boleh tidur di Markas kenapa tak boleh tunggu di Parlimen untuk kepentingan rakyat ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda