28 Januari, 2012

cara hangpa tak hancur tapi lesap jee.

Ni bab ekonomi.petikan dari ucapan PM 1 Malaysia di Kangar.

Janji ditabur pembangkang tidak realistik untuk jangka panjang: PM

KANGAR: Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan pembangkang menabur janji manis, termasuk menghapuskan tol dan bayaran balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak jika menang pilihan raya adalah resipi yang akan membawa kehancuran ekonomi negara...
 “Adalah tidak realistik nak hapuskan tol dan hutang PTPTN sebanyak RM40 bilion kerana pada masa akan datang semua pelajar yang dapat pinjaman PTPTN akan tuntut kerajaan lupuskan pinjaman... ini resipi untuk kemusnahan ekonomi,” katanya selepas program Tinjauan Mesra Rakyat di Simpang Empat, di sini semalam..

Aku bukan orang ekonomi..tapi semua  manusia boleh tau tentang urus ekonomi kecuali orang gila atau org terencat akal..Ni dia bercakap nak bagi org yang hanya fikir urusan pemerintahan diserahkan kepada pemerintah saja..hangpa rakyat biasa tak payah ambiltau biar kami saja yang urus.
Yang hilang dan lesap berbilion RM selama ni tak boleh menghancurkan negara ke kalau dibiarkan berterusan untuk jangkamasa yang panjang ? Tu cara hangpa yang urus.
Bila PR berjanji nak hapuskan TOL dan Pinjaman PTPTN, tentu ada cara pihak PR untuk pastikan ekonomi kita tidak hancur. Lain padang lain belalang laa.Bukan boleh samakan cara orang lain dengan cara kita sendiri. Alahai..kalau hangpa biar lama-lama kat puak umnooo BE END begini bertambah hancur le ekonomi negara dan ekonomi kita sendiri.
Nak tau boleh atau tidak nak hapuskan TOL dan pinjaman PTPTN ni. bagi laa kepercayaan untuk memerintah dulu baru boleh tau..Bila dah bagi tapi tak berlaku gitu.kita tukar le pula undi kita..itu pun susah ke.? TEBAS le sikit fahaman lama tu..kita cuba TEBAS laluan baru untuk negara kita.kemudian kita ikut le tengok ..berjaya atau tidak sesuatu tu..
Apa pun kita TEBAS umnooo BE END dulu supaya rebah PRU 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda