28 Januari, 2012

kasut PM pun kena lelong..

Kali ni bab lelong le pula..

SYDNEY: Sebelah kasut Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang hilang ketika beliau dibawa ke kereta oleh pengawal peribadi mendapat tawaran sebanyak Aus$2,000 (RM6,466) dalam lelongan sebelum ia ditarik daripada laman web lelongan, eBay, semalam.
Kasut berwarna biru itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada pemimpin Australia itu selepas tertanggal daripada kakinya kelmarin di Canberra ketika beliau lari daripada penunjuk perasaan hak asasi pribumi negara itu. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/eBaylelongkasutGillard/Article
( Kasut tu dah dipulangkan kpd PM Australia) hehehe.


Kasut PM depa pun nak dilelongnya..Kalau kena kasut bini PM kita nak lelong gitu..tentu gegak gempita satu negara dibuatnya..Dengar kata BN kita ni ada banyak kasut berjenama...entah le.ni aku ciluk dari satu laman tu http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=528935,
yg dakwa kasut BN kita tu.Kasut FLOM kita le.

Jenama Christian Dior beb...Harganya entah le..bini aku tak pernah beli pun kasut gini...Kalau kena lelong,agak-agak berapa le harga yang berani ditawarkan oleh pembida..

Kasut gini nak pakai untuk pergi TEBAS lalang atau semak tak boleh lee..tapi kalau pakai gi shopping2 kat Australia atau kemana destinasi yg tak bersemak boleh le.Apapun pakai yang sederhana sudah le, Tapi ramai juga dikalangan kita, kasutnya ratusan malah ribuan RM harganya.Alasannya kasut tu selesa dan sesuai dgn kakinya.Boleh jaga kesihatan kaki..Dalam dok jaga kaki bagi sihat ada yang terlupa yang dia dok bertelanjang.Yang dikaki harga ribu-ribu RM,tapi yang dikepala harga belasan RM je tak diendahkan..
Malangnya ramai juga yang pakai kasut gitu,kakinya sihat tapi kaki tu tak pernah atau jarang-jarang sentuh sejadah atau pijak lantai masjid. Aku takut nanti kaki serta dgn tuannya dibakar oleh api neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda