Selasa Mac 13, 2012           
Peranan Jawatankuasa Pemandu Mengelirukan            
                        
ALOR SETAR: Peranan jawatankuasa pemandu yang  ditubuhkan PAS pusat bagi memastikan pelaksanaan manifesto PAS Kedah  membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui parti itu gagal  menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md  Hanipah berkata apabila melihat senarai jawatankuasa berkenaan serta  skop peranan mereka, beliau tidak melihat ada tindakan serius  menyelesaikan keadaan, tambahan lagi jawatankuasa itu dianggotai  'pemandu' dari luar yang tidak memahami selok-belok politik Kedah.
"Benarlah seperti Barisan Nasional (BN) sebut sebelum ini PAS Kedah  gagal menunaikan janji manifesto sehingga jawatankuasa berkenaan perlu  memantau kerajaan negeri supaya dapat melaksanakan apa yang dijanjikan.
"Apabila PAS mahu memantau kerajaan PAS supaya melaksanakan  manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan PAS  Kedah mentadbir negeri dengan baik," katanya di sini, Selasa.
Bekas TMB Kelantan pengerusi JK Pemandu 
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS  menghidupkan semula Jawatankuasa Pemandu yang pernah dibentuk sebelum  ini dengan melantik bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul  Halim Abdul Rahman sebagai pengerusi.Empat lagi anggota adalah, Setiausaha  Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJk PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Naib  Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, dan Pengerusi Lujnah  Undang-undang PAS Pusat Asmuni Awi.
Pelantikan itu diumumkan oleh Mustafa  dalam sidang media lewat petang tadi selepas mengadakan mesyuarat  bulanan PAS Pusat di Pejabat Agung Jalan Raja Laut.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS  Muhamad Sabu menegaskan Jawatankuasa Pemandu sebenarnya telah diwujudkan  sejak tahun 1990 dan ia bukan badan eksekutif tetapi sebagai badan  penasihat.
"Pemandu ini kadang kala aktif kadang  kala tidak aktif, jadi kita aktifkan semula hari ini. Pemandu ini tidak  boleh ganggu mana-mana petadbiran negeri," katanya.
Jawatankuasa Pemandu ini terus kekal  untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008.  Tetapi apabila keadaan sudah stabil, jawatankuasa tersebut tidak  meneruskan peranan ini.
Selain memberi nasihat, jelas Mustafa  jawatankuasa ini berfungsi antara lain memantau pelaksanaan manifesto  negeri sama ada di negeri yang menang atau kalah dalam pilihan raya.
"Setiap kali adanya PRU, kita ada  manifesto sebagai janji kepada rakyat, jadi jawatankuasa pemandu  memantau pelaksanaan manifesto tersebut," katanya.
Malah katanya, jawatankuasa ini bukan dikhususkan untuk negeri Kedah sahaja tetapi untuk semua negeri yang PAS ada terlibat.
"Termasuk juga boleh memberikan pandangan kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.
Sebelum ini, pelbagai tafsiran liar  sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan  jawatankuasa pemandu yang dibentuk PAS.
Jawatankuasa Pemandu  berperanan menjadi  penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS bukan untuk pimpinan  tertentu sahaja tetapi untuk semua.
Sesetengah media melaporkan kononnya PAS membentuk jawatankuasa ini untuk mengurangkan kuasa MB Kedah.
 Ishhh..ishh...ADUN Bakar Bata ni bukan setakat pening tapi dah mengigau kot..Memantau pelaksanaan dengan memastikan pelaksanaan manifesto tu lain maksudnya.Kalau pantau pun dikata gagal,apa jadi pula dengan yang tak dipantau. Umno(Baru) dan Be End sejak dulu siapa yang pantau ?  Boros,salahguna dan sebagainya masih berleluasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda