Aku rasa nak tergelak bagai nak terguling...bila baca berita gini..
11 November 2012
Anggota polis keliru status diri
11 November 2012
KULIM - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.
Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi.
Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.
Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980.
Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara.
“Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya..BACA DI SINAR

Jika sudah berlaku begini..apa akan jadi ?
Andai kata di JPN ada masalah gini,bagaimana pula dengan SPR ?..Bagaimana pula dengan agensi kerajaan yang lain ? Mungkin ini juga semak-semak pentadbiran sejak merdeka yang perlu di TEBAS. Minda merdeka dan hati yang penuh keimanan pasti sudah mampu menjadikan pentadbiran negara dalam keadaan terbaik dan sekarang sudah melangkah ke dimensi yang lebih jauh dari orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda