28 Februari, 2013

lekas pi pantau..


Penubuhan Jawatankuasa Khas memantau cubaan sabotaj parti dan calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini sangat dialukan dan ia kena pada masanya di saat parti sedang menghadapi tentangan getir untuk mempertahankan Putrajaya dan merampas kembali negeri dikuasai Pakatan Rakyat

UMNO Kedah berharap penubuhan jawatankuasa itu menjadi langkah pencegahan yang berkesan dalam mengurangkan aktiviti yang boleh menjejaskan peluang menang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyokong penubuhan jawatankuasa itu berkata Majlis Tertinggi UMNO merasakan amat perlu tindakan diambil di peringkat awal lagi.

"Pensabotaj akan dikenal pasti diperingat awal lagi maka sebarang aktiviti yang boleh merosakkan parti  dapat diambil tindakan sebelum ia melarat sehingga memusnahkan kemenangan calon BN" katanya.

Ahmad Bashah berkata dalam konteks Kedah, penubuhan jawatankuasa itu sangat perlu.

"Kita telah melihat pada pilihan raya umum 2008, ada calon BN tewas kerana sabotaj dan ada kawasan yang patut kita menang, tetapi mengalami kekalahan kerana juga sabotaj.

Selain itu beliau berkata sesiapa yang membuat laporan palsu kepada jawatankuasa berkenaan juga akan menghadapi tindakan.


Alaa..depa bukan sabotaj..cuma beralih je..PRU 13 kali ni insyaAllah lagi ramai akan sokong PR...kerana 
Ada mata lihat, ada telinga dengar..ada otak fikir...banding-bandingkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda