19 Mac, 2013

BN : Bercelaru Negara

Selagi tarikh PRU 13 belum kedengaran umno be end menjadi semakin pening. Sudahlah berbagai isu yang berlegar belum terjawab kepada rakyat ditambah lagi dengan masalah dalaman disemua peringkat yang semakin membarah. Pemilihan calon untuk PRU 13 ni pun masih belum selesai di kebanyakan bahagian.

Kebanyakan pimpinan umno be end sudah takut untuk menjadi calon kali ni..apa tidaknya...bahang menuju tanah kubur politik umno semakin be end diseluruh negara. Mereka semakin takut kecundang diseluruh negara dan pelaburan dalam politik akan menyebabkan sebahagiannya menjadi papa.. Lantaklah umno oiii...Itu antara yang aku dengar dari kebanyakan bahagian.


Kini, bn semakin tertekan..PR sudah pun umumkan agenda dan tawaran untuk rakyat,ditambah lagi dengan pengumuman tentang beberapa orang pimpinan PR yang akan bertanding bukan di kawasan masing-masing. Sebelum ini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan balik bertanding di Johor. Terkini, yang ni pula...




IPOH – Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi berkenaan.


SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang sah akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengumuman berkenaan perkara itu dibuat oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor malam tadi.
Beliau membuat pengumuman itu pada majlis sambutan ulang tahun ke-47 DAP di Skudai, Johor.
Kemudian ditambah lagi dengan cabaran ini..

Adusss...pening..pening..
Bila mau bubar daaa...  ?????????????????????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...