30 September, 2013

PRK N.20 Sungai Limau pada...

Semasa PRK N.25 Bukit Selambau
Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak telah pergi menemui Illahi pada tanggal 20 Zulkaedah 1434 H / 26 Sept 2013 (Khamis) yang lalu. 

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada gerakan Islam dan PAS ini. Berbagai kisah menggamit memori ini . 

Almarhum bukan sahaja merupakan pemimpin atasanku dalam gerakan ini malah merupakan salah seorang sahabat kepada arwah ayahku dulu. 

Beliau pernah berkata kepada aku..."dulu aku berkawan dengan ayah hang..la aku berkawan dengan hang pula " sambil ketawa.
Kini kenangan hanya tinggal kenangan,mana yang baik ku jadikan pengajaran dan buruk dijadikan sempadan. Tempoh yang dikurniakan oleh Allah itu membolehkan aku menimba sedikit ilmu dan pengalaman dari beliau...Moga-moga Allah menempatkan rohnya dikalangan para syuhada'.Lain masa kita bicara bab tu.

Bila kerusi dah kosong tentu nak kena ada pengganti pula yang duduk disitu..Maka Pilihan Raya Kecil DUN N.20 Sungai Limau akan diadakan. Hari Khamis ni SPR akan menentukan tarikh-tarikh berkaitan. Pada PRU 13 yang lalu
keputusan PRU 13
PRK kali ini pasti akan bertambah sengit. PAS sudah tentu akan berusaha habis-habisan mempertahankan kerusi DUN ini dan umno be end pula amat teruja untuk merampasnya setelah sekian lama kehilangan sejak tahun 1995. Pengundi didalam DUN ini pasti pandai menilai..Bagi aku mudah saja..Jangan serahkan kerusi itu kepada gulungan penyamun...hahahaha.
TEBAS...TEBAS..merdekakan diri anda dari ditipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda