12 Januari, 2014

Iraq kini 1 : Kebangkitan semula gulungan Sunni

Selama hampir seminggu, media melaporkan dari Iraq  yang mirip kepada peristiwa separuh dekad yang lalu: pertempuran sengit telah meletus antara tentera Iraq dan al-Qaeda pemberontak di wilayah Anbar. ( salah satu kawasan ladang dan padang pasir yang meluas dari pinggir Baghdad Barat ke sempadan Syria).
Anbar merupakan satu wilayah dimana beberapa siri pertempuran telah berlaku. Ia merupakan satu medan  pertempuran kejam didalam  Perang Iraq, di mana lebih daripada 1,300 tentera Amerika kehilangan nyawa mereka bersama-sama dengan hampir sepuluh ribu rakyat Iraq.

Berita yang melanda ramai veteran Amerika  dimana kenyataan yang paling sukar diterima adalah bahawa para pejuang yang bergabung dengan al-Qaeda telah mengambilalih kawalan keatas Fallujah. Anbar yang merupakan bandar kedua terbesar, di mana AS telah menghadapai dua pertempuran berdarah yang dasyat iaitu pada musim bunga dan luruh tahun 2004. "Pada masa ini, tidak terdapat kehadiran pegawai kerajaan Iraq di Fallujah," demikian menurut seorang wartawan tempatan, yang tidak dinamakan atas sebab-sebab Keselamatan, yang memberitahu Washington pos. "Pihak polis dan tentera telah meninggalkan bandar dan pihak al-Qaeda telah menurun dan membakar semua Bendera Iraq, dan ia telah menaikkan bendera sendiri atas semua bangunan."

Tetapi walaupun tentera kerajaan telah hilang kawalan keatas Fallujah, terdapat sinar harapan diluar  Ramadi iaitu ibu negeri wilayah Anbar. Ahmed Abu Risha, pemimpin puak yang bersekutu dengan tentera AS dan telah berjuang menentang al-Qaeda pada tahun 2007, mengumumkan bahawa puak pejuang turut bekerjasama dengan polis Iraq, dan telah berjaya dalam memaksa para pemberontak keluar dari Ramadi. "Semua puak-puak di Anbar berjuang menentang al-Qaeda," kata Abu Risha. "Kami amat gembira dengan pertempuran yang sedang berlaku. Kita akan menghadapi mereka muka ke muka, dan kami akan memenangi pertempuran ini." Walaupun pertempuran berterusan, laporan tempatan mencadangkan bahawa polis Iraq dan militer puak telah mengambilalih sebahagian dari Ramadi.
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=280072
Pada musim luruh 2010, kali terakhir saya berada di Iraq, saya mengembara ke Anbar dengan Bobby Ghosh,  bekas Ketua Biro Baghdad dan Editor Antarabangsa semasa TIME. Kami memasuki Fallujah atas jemputan sheikh puak yang telah menunjukkan kepada kami sebuah bandar yang penuh dengan anggota polis–semua anggota dari puaknya. Terdapat juga sedikit keganasan dan pembinaan berterusan. Selepas memusnahkan bandaraya semasa pertempuran 2004, Amerika Syarikat telah mengeluarkan inisiatif melalui geran dan parut kemusnahan fizikal di Fallujah secara perlahan-lahan telah dibaiki. Tiga tahun kemudian, tentera Irap telah melakukan gerakkan di padang pasir di luar bandar, dalam usaha untuk menghalau keluar puak al-Qaeda,  sekali lagi mereka terpaksa memusnahkannya.

Terdapat tiga penjelasan yang utama bagi pewaris keturunan Anbar yang menyebabkan terjadinya huru-hara. Beberapa pihak telah menyalahkan kegagalan pentadbiran Obama untuk berunding dalam Perjanjian "status tentera" yang mengekalkan sekurang-kurangnya beberapa ribu tentera di dalam negara ini. Perang saudara di negara jiran "Syria" telah membolehkan Negera Islam Iraq dan di Levant (ISIS), serta pihak al-Qaeda menyusun organisasi dan kelengkapan sebelum melimpah merentasi sempadan Iraq. Manakala lain-lain pihak pula menuding jari pada Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan gulungan Shiah beliau yang menguasai pentadbiran beracun dalam  hubungan dengan gulungan minoriti Sunni Iraq..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda