20 September, 2015

Pakatan Rakyat 2.0 ?


Pertemuan Meja Bulat Untuk Selamatkan Parti AMANAH
Sebelum ini kita difahamkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pertemuan meja bulat antara parti pembangkang yang akan diadakan pada Selasa depan yang turut dihadiri PAS.
Keesokkannya pula Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan ada tahaluf dengan pengkhianat. Malah ucapan ini sebenarnya banyak kali disebut dalam pertemuan dengan ahli PAS bahawa pengkhianat perjuangan Islam lebih buruk dan jahat daripada musuh Islam.
PKR memang bergantung harap kepada PAS dalam pejuangannya. Daripada Presidennya Dr Wan Azizah, Naib Presiden Azmin Ali, Nurul Izzah, Tian Chua semuanya mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dalam Pakatan Rakyat bagi menumbang UMNO dan Barisan Nasional.
Sifir mudah untuk melihat kekuatan PAS, walaupun ada yang mengatakana PAS akan terkubur apabila parti baru AMANAH ditubuh ialah Himpunan BERSIH 4 baru-baru ini. Kehadiran Melayu sangat kurang sekitar 5-10% menunjukkan kumpulan 18 GHB dan AMANAH tidak langsung memberikan kesan kepada orang Melayu.
Malah ada yang mengatakan apabila mereka ini hiprokrit dalam soal lompat parti dan sumpah janji setia kepada parti membuatkan orang Melayu Islam mula tidak percaya kepada pimpinan AMANAH kerana mereka ini bila-bila masa sahaja boleh batalkan janji mereka kepada rakyat. Kalau parti pun mereka boleh berbohong apatah lagi kepada rakyat.
Bagi PKR, PAS adalah talian hayat parti mereka. Jika PKR putuh hubungan dengan PAS maka saya boleh kata PKR juga tidak hidup lama, apatah lagi AMANAH sedang giat menarik ahli-ahli PKR untuk menyemberangi mereka. PKR walaupun nampak tenang tetapi sebenarnya sedang bergolak begitu hebat. Sebahagian yang sudah bosan dengan pergolakan dalam parti ini, telah mula menaruh hati kepada AMANAH dan PAS.
Tapi saya lebih berpendapat Pertemuan Meja Bulat ini adalah untuk menyelamatkan parti AMANAH. kenapa saya berpendapat demikian?
Dulu Dr Zulkifly Ahmad ada berkata tidak mustahil parti baru akan bertembung dengan PAS di beberapa kerusi. Malah salah seorang AJKnya si Phahrolrazi Zawawi pernah berkata bahawa parti baru tidak akan merebut kerusi dengan PKR dan DAP. Kalau begitu sudah pasti mereka akan bertanding di kerusi kawasan PAS iaitu kawasan Melayu.
Sebelum tertubuhnya AMANAH mereka begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat 2.0 akan ditubuhkan tanpa PAS (lihat gambar atas pertemuan untuk PR 2.0 dan 3 pertemuan awal menepikan PAS), tetapi setelah tubuh parti AMANAH setelah 35,000 borang diedarkan tapi yang dapat tidak lebih daripada 10,000 sahaja (saya dapat maklumat sulit daripada orang dalam AMANAH, tapi saya masih belum ada bukti kukuh untuk penulisan secara tepat. Pasal itu saya hanya menulis artikel "Ahli Baharu Parti AMANAH 30,018 orang, Kenapa Berbohong?")
Mereka mula sedar kekuatan mereka hanya pada pmimpinan dan golongan elit, NGO Islam seperti IKRAM, ISMA, HALUAN dll sedangkan NGO Islam ini pun ada komitmen NGO masing-masing.
Mereka ini tidak mendapat sokongan daripada golongan grasswood, malah golongan akar umbi masih teguh bersama PAS.
Sebagai contoh mudah, dulu war-war bahawa Terengganu adalah negeri paling ramai mohon jadi ahli PASMA tetapi Raja Bahrin hanya mampu berikan 129 borang keahlian semasa roadshow parti AMANAH di Terengganu.
Bersih 4 lagi parah, gambar pimpinan AMANAH hanya bersendirian tanpa sebarang sokongan orang Melayu disekitarnya. (Saya ada menulis di sini dengan tajun "MENCARI WAJAH MELAYU DI HIMPUNAN BERSIH 4". Saya cabar mana-mana pembaca yang tak setuju boleh hantar kepada saya gambar pimpinan AMANAH yang hadir bersama dengan golongan Melayu yang lebih daripada 20 orang)
Atas kesedaran itu maka untuk menyelamatkan kerusi AMANAH, PAS perlu ada dalam Pakatan Rakyat 2.0. Jika PAS datang berunding sekurang-kurang-kurang Mat Sabu boleh menarik nafas lega pasal AMANAH boleh minta kerusi tertentu atas dasar semangat Pakatan Rakyat 2.0. Mat Sabu cerdik dalam hal ini dia rela untuk berjumpa Hadi dan mencium tangan Hadi!! Ini Politik cari makan untuk ke Putrajaya.
Saya harap pimpinan PAS tidak tertipu dengan parti AMANAH yang TIDAK AMANAH lagi temberang ini. Dulu nak ketepikan PAS, nak kasi PAS mampus macam kata-kata Dato' Wan Rahim tapi sekarang kenapa sanggup jumpa Hadi dan nak Hadi hadir meja bulat?
~ Nordin Bin Ali
TKO

Depa nak TEBAS atau nak KEbas ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda