Selepas pergolakan PAS pada tahun 2015 dengan diturunkan beberapa orang pimpinan tertinggi dari tampuk kepimpinan pusat yang akhirnya melihat mereka telah meninggalkan parti dan menubuhkan sebuah parti lain.Tahun 2016 ini kita melihat Umno pula yang terserpih dengan pemecatan beberapa orang pimpinan tertinggi mereka.Jika dilihat secara menyeluruh, PAS kelihatan lebih baik dari umno kerana penolakan terhadap pimpinan mereka yang tak disenangi dlakukan didalam Muktamar Tahunan PAS dan mereka yang ditolak itu kemudiannya keluar dengan sendirinya dari parti. Bagi Umno penolakan pimpinan mereka dibuat oleh jawatankuasa tertinggi dengan PEMECATAN keahlian mereka.Semuanya ini perlu dilihat dari berbagai sudut oleh rakyat khususnya pengundi yang akan mengadili parti-parti politik didalam pilihanraya nanti. Kini PAS dilihat sedang mengemudi bahtera mereka lebih kehadapan dari mana-mana parti lain bagi menempuh gelombang pemikiran dewasa ini.Umno dilihat sedang terkial-kial bagi menangani berbagai masalah dan isu yang ada,sementara para pimpinan yang dipecat kini sedang berusaha menubuhkan sebuah parti lain dengan mentor yang pernah menjadi bos mereka iaitu Tun Dr Mahathir.Adakah mereka mampu menandingi kumpulan yang kerluar dari PAS ?..hanya para ahli umno sendiri yang boleh memberi jawapannya kerana mereka lebih mengetahui tentang perjalanan kapal buruk umno itu.Apakah selepas ini akan berlaku pula serpihan kepada parti-parti utama yang lain ?. Sama-sama kita tunggu dan lihat kerana segalanya berkemungkinan boleh terjadi.
Semua pakat dok TEBAS jalan dengan ideologi masing-masing...tetapi ingat..dengan jalan yang lurus sahaja kita pasti selamat...yakni Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda