07 November, 2016

Projek bagi kat orang..Kapal beli hak orang..Rakyat jadi kuli orang.

Hari ni terasa nak ketuk2 keyboard ni sikit.Kalau dok biar lama-lama,beku juga otak dan keras juga jari.
Hari ni nak muat naik sikit persoalan untuk difikirkan bersama..Kulihat negara semakin maju dengan berbagai isu.
Antara yg terkininya berkaitan lawatan Perdana Menteri ke negara China. 

Timbul berbagai tandatanya dengan perjanjian-perjanjian kerjasama yg dibuat walaupun secara amnya dilihat untuk tujuan perdagangan dan politik..Tetapi persoalannya, adakah sudah tiada syarikat milik negara kita yg mampu untuk mengeluarkan segala yg dikehendaki itu ?

Sekiranya tiada,maka benarlah bahawa umno bn TELAH GAGAL untuk menjadikan negara ini berdikari setelah lebih 55 tahun memerintah.
Apakah benar sebagaimana yg didakwa oleh mereka ini?
http://www.financetwitter.com/2016/11/malaysia-china-deals-on-navy-ships-what-najib-razak-does-not-want-you-to-know.html

Antara tajuk dlm bloomberg

Malaysia to Purchase Four Navy Ships From China in Landmark Deal


Bahawa kerajaan kita dibawah pimpinan umno bn tidak mahu rakyat mengetahui tentang perjanjian-perjanjian yg telah mereka meterai itu.
Memang benar rakyat tidak perlu mengetahui semuanya...tetapi rakyat juga perlu mendapat maklumat yang jelas dan berinspirasi bagi membolehkan kita menjadi rakyat yang kreatif,inovatif dan bermotivasi tinggi dalam menghadapi suasana yang semakin mencabar ini.

Apa yang dapat disimpulkan ini...HANYA KERANA BOLEH HUTANG bilion-bilion RM.

Semakin lama kita biarkan,maka akan jadilah berniaga orang lebih untung dari berniaga unta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang risiko terhadap komen anda..tanggungjawab anda