WISH

WISH

12 Februari, 2013

now you listen NO..NO..NOOO la pulak

Haiya...manyak cilakak ooo..ini macam punya piii emmm pun ala ka..selupa itu macam DJ. Gua ingat makin maju negala kita makin celedik kita punya pemimpin ooo....lupa2nya talak jadi itu macam ooo...Memang BN mau BE END maa..habis juta-juta RM bayar itu penyanyi kelana mau guna lia utk himpun olang lamai-lamai kasi kempen be end maa..low class punya otak.

mana mau letak gua punya muka maa.

ni dari media pembodek yg masih terkantoi dgn noooo
yg ni dari media luar negara.
Sendili mau guna otak maa..hahahahahah..lepas fenomena listen..listen..listen..listen dengan everybody has problem, now you listen NO..NO...NOOO.

06 Februari, 2013

belum apa-apa lagi masuk dlm kain sentung dah

Tudia aihh...nak letak muka dimana pula puak melayumnooo dan perkasam kat PP ni...berdegum degam mendakwa HANYA depa lah yang berkuasa dan mampu menguruskan negara/negeri serta melayu dan Islam di Malaysia ni...tup tup orang no 2 melayup nooo membayangkan puak lain jadi KM Pulau Pinang andai depa boleh balik PP masa PRU 13 nanti..Aduhhh...kudung kepala aihh..


Teng Chang Yeow
Teng Chang Yeow
BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik...Sumber SINAR HARIAN

Kalau ikut ayat diatas ni..rasanya ia bermakna puak melayumnoo tak ada calon yang layak lah...
Jika demikian para pejuang melayumnoo dan perkasam dah kena masuk dalam kain sentung awai-awai lagi..belum apa-apa pun.

04 Februari, 2013

PAT ni,,ketua parti komponen be end yg ke 16 keee ?


Sumbangan Veteran ATM tidak berpencen mungkin diteruskan
PASIR MAS - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak menolak kemungkinan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen 1Malaysia diteruskan jika ekonomi dan politik negara kekal stabil.
Zulkifeli berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada kerajaan untuk dinilai agar sumbangan berkenaan diberi setiap tahun sebagai penghargaan kepada warga bekas tentera berkenaan.

"Saya yakin kerajaan mampu melaksanakannya setiap tahun sekiranya kedudukan ekonomi kukuh dan kekuatan kerajaan yang memerintah terus stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini..  ADA LAGI DISINI
PAT ni,kalau nak kempen pun tunggu le selepas tak pakai uniform tu dah. Cuba la hang kata, sumbangan ni "Kalau diteruskan secara bulanan atau setiap tahun lagi bagus."
Kepada anggota tentera dan bekas anggota tentera..pakat-pakat nilai sendiri la. Sekretariat KERABAT dok perjuangankan bukan setakat sumbangan gini je..tapi hingga soal kebajikan sepanjang hayat kepada bekas "orang kampung" dan keluarga. 
Perjuangan KERABAT ni nampaknya mula berhasil la..walaupun yang dituntut imbuhan bulanan kepada yang tak berpencen dan yang dapat sumbangan one off ni. 
PR dah bersetuju dengan KERABAT, jika mendapat mandat menerajui kerajaan kita yakni Malaysia yang tercinta ni, kerajaan akan memberi beberapa keistimewaan kepada bekas anggota tentera dan keluarga sebagaimana yang termaktub didalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT 1973) yang sewajarnya telah diberi kepada bekas tentera dan keluarga sejak sekian lama.Kalau nak tau dapat ke tidaknya,kita bagi kepercayaan kepada PR la dulu masa PRU 13 nanti.
Dah lebih 50 tahun bawah kepimpinan umnooo be endd,masih dok takok lama juga kita ni...Nak takut apanya...jika PR kelentong..
tak boleh bagi..Kita ubah la pula.Belum cuba belum tau. Tak payah guna kapal selam,kereta kebal atau senapang pun. 

Cukup dengan pensel dan kertas je..


puak umno lagiiii tak faham


PRU13: Jangan soal hak PM, kata Umno Kedah
ALOR SETAR - Mana-mana anggota Pas yang tidak faham mengenai hak Perdana Menteri dalam soal bila hendak mengumumkan pilihan raya umum (PRU) sepatutnya terlebih dahulu menggesa pemimpin pakatan pembangkang mengadakan PRU di negeri yang dikuasai mereka dan bukan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak 'pengecut atau takut'.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini berkata, isu Perdana Menteri hendak mengumumkan bila pilihan raya umum hendak diadakan adalah hak beliau.

"Dalam soal ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak lebih faham apabila menyatakan ia adalah haknya untuk mengistiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Nampaknya ahli-ahli Pas sahaja tidak faham.
"Kita (Barisan Nasional) tiada masalah jika mereka hendak bubar Dun sekarang tapi apa salahnya PRU diadakan sehingga tempohnya matang April ini," katanya semasa diminta mengulas pemimpin Pas yang menyifatkan Najib takut hendak mengadakan PRU sekarang.Selanjutnya PI SANA
La ni depa baru mula tau tentang HAK kot...tapi depa lupa sikit tentang ketelusan,tentang maruah dan semangat demokrasi yang depa sendiri perjuangkan.
Hak rakyat pula macamana ?  Rakyat mau melihat perubahan,bukan lagi  dengan kenyataan "kalau kerajaan umnooo / be end tak buat, tak ada le itu ini dalam negara ". Rakyat yang cerdik pasti tidak memerlukan pemimpin yang suka memperbodohkan rakyat sendiri. Pemimpin yang cerdik dan ikhlas pula pasti akan berusaha membawa rakyat dan negara yang dipimpin jauh kehadapan melangkau tahap pencapaian semasa.
Jadi, pakat-pakat le TEBAS minda sendiri agar dapat keluar dari tempurung kepala masing-masing yang masih beranggapan depa buat depa tanggung,sedangkan keputusan dan tindakan pemimpin menyebabkan semua rakyat terpaksa menanggung atau menghadapinya.

31 Januari, 2013

adoiii...gelak sampai nak terguling


Aku kutip berita ni nak bagi hangpa baca...lepas tu hangpa pikiaq sendiri..nak letak tahap mana mentaliti gini.
ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik sekiranya masih diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata hanya BN yang dapat membuat perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor-sektor tertentu bagi meningkatkan pendapatan negara.
"Kita dapat buat perubahan terancang, orang yakin dengan kita. Bila ada pelaburan besar, hasil kerajaan akan bertambah dan kita akan gunakan pendapatan itu untuk memberi bantuan kepada rakyat.
"Kita bagi BR1M, bantuan persekolahan anak-anak, untuk pelajar universiti... itu setakat ini... Kita boleh buat lebih lagi pada masa depan kalau dapat mandat rakyat," katanya ketika berucap sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat sini untuk lawatan sehari di Kedah Khamis.
Beliau berkata perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara tidak mungkin akan memberi kesan yang lebih baik.
"Kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal akan menyebabkan mata wang jatuh, inflasi meningkat, pelancongan lumpuh dan keselamatan negara tidak terjamin," katanya.
Najib berkata kejayaan pimpinan BN membangunkan negara sehingga kini telahmeyakinkan semua pihak dan buktinya dapat dilihat ketika rombongan perdana menteri melawat Gaza, Palestin baru-baru ini.
Beliau berkata walaupun negara bergolak itu miskin, sambutan terhadap kedatangan beliau sangat meriah dan dilakukan di luar kebiasaan.
"Mereka lakukan semua ini sebab berbesar hati terima pemimpin dari Malaysia, mereka lihat kita datang dari negara yang berjaya dipimpin BN. Kalau tak berjaya, tak mungkin mereka besar hati terima kedatangan saya sebagai wakil rakyat Malaysia," katanya.BERNAMA
Kalau tak dak pak dan mak,anak nak mai dari mana..bila pak dan mak dah padam...anak masih boleh hidup juga...ada yang lebih hebat dari pak dan mak dulu. 

maka berjayalah Dulu,Kini Dan Selamanya


Kerajaan Kelantan main wayang

SEBAHAGIAN daripada peneroka membawa sepanduk membantah campur tangan kerajaan negeri berhubung isu hak milik tanah di Kesedar Lebir, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Lebih 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) mendakwa kerajaan negeri cuba bermain wayang dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah.
Ketua peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Abdul Rahman, 65, mendakwa, RKT tersebut telah ditadbir oleh pihak Kesedar dengan cukup sempurna sejak ia dibuka pada tahun 1981 dan para peneroka amat menghargai kesungguhan dan bantuan pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan yang diperlukan.
“Bagaimanapun, keharmonian kami terancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah kami di sini.
“Apa yang saya tahu, pihak Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah ini diselesaikan oleh Kesedar sendiri tanpa sebarang campur tangan pihak lain,” dakwanya.
Dakwanya, keadaan menjadi semakin huru-hara apabila 82 peneroka Kesedar Lebir secara tiba-tiba diberi geran hak milik oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada satu majlis di sini semalam.
Terdahulu, Abdul Aziz mengadakan demonstrasi aman bersama lebih 100 peneroka di jalan utama menghala ke Kesedar Lebir yang menjadi laluan utama rombongan Nik Aziz ke majlis berkenaan.
Situasi tersebut hampir mencetuskan kekecohan apabila dua kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki penyokong kerajaan negeri cuba menghalang peserta demonstrasi.
Abdul Aziz mendakwa, pemberian tersebut dilihat sebagai cubaan memecah-belahkan hubungan antara peneroka dan Kesedar serta cuba mendahului peranan Kesedar.
“Di mana kerajaan negeri ketika kami susah dahulu, ketika belum ada jalan raya yang menghubungkan kami dengan dunia luar. Tiba-tiba selepas semuanya disediakan pihak Kesedar, mereka hadir memberi geran.
“Kononnya mereka membela rakyat tetapi hakikatnya seketul batu daripada kerajaan negeri tidak pernah sampai ke sini untuk membina kemudahan asas seperti jalan raya dan rumah,” dakwanya lagi..Berita DARI KOSMO
Aduhai...berjayalah umnooo be endddd dengan Dulu,Kini dan selamanya..30 tahun lebih masih belum selesai bab geran hak milik..Ada juga manusia jenis begini yang tak mau orang lain tolong. 

28 Januari, 2013

puak umno boleh pikiaq setakat terima 500 jee




Bloomberg sumbang universiti RM3.3 bilionBloomberg sumbang universiti RM3.3 bilion
NEW YORK - Seorang remaja kelas pertengahan yang dibesarkan di pinggir bandar Boston, Michael Bloomberg terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar yuran tuisyennya di Universiti Johns Hopkins dan bekerja secara sambilan sebagai atendan tempat letak kereta.

Sumber pendapatan itu kemudiannya digunakan remaja itu itu untuk membayar ansuran yuran pengajiannya bagi meneruskan pembelajaran.

Bagaimanapun bayaran yuran Bloomberg kurang AS$5 (RM15.20) pada tahun 1965, setahun selepas beliau lulus dengan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan.

Kelmarin, Universiti Baltimore mengumumkan bahawa Bloomberg menyumbang sebanyak AS$ 1.1 bilion (RM3.3 bilion). Komitmen terbaru yang datang dalam bentuk sejuk AS$ 350 juta (RM1.1 bilion) ke arah inisiatif "transformasi" yang bertujuan merentas disiplin penyelesaian kepada masalah masyarakat.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Universiti Johns Hopkins berkata, Bloomberg, bekas pemegang amanah, dipercayai menjadi orang pertama yang pernah menghulurkan bantuan kepada institusi pengajian tinggi tunggal di Amerika Syarikat (AS) iaitu AS$ 1 bilion (RM3.3 bilion).

Laman makro Twitter universiti berkenaan menyifatkan maklumat itu sebagai hadiah. Salah satu tweet menyebut mengenai pengumuman dengan perkataan, "Berita Besar," yang mungkin adalah benar.NAK BACA PANJANG-PANJANG


Di negara kita berlaku sebaliknya...pemimpin melayumnoo Islam dan korperat pun kerja dok SAPU 1 MALAYSIA untuk membuncitkan perut masing-masing dengan berbagai slogan kononnya untuk rakyat..piiiirrrrahhhh..

ni yg hangpa dok bangga sangat..

6 juta permohonan BR1M sudah diproses
  IPOH -  Sebanyak enam juta daripada 7.3 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4.1 juta adalah penerima BR1M tahun lepas manakala sebanyak 3.2 juta adalah permohonan baharu.
"Sebanyak enam juta permohonan telah diproses LHDN manakala sebanyak 1.3 juta permohonan masih diproses," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun, dekat sini, hari ini...NAK HAIRAN LAGI
 Ni yang puak umnooo be endddd dok bangga sangat selama berpuluh-puluh tahun...umno sajalah yang boleh meningkat taraf ekonomi rakyat..La, apa hangpa nak kata..rakyat Malaysia lebih kurang 28 juta orang je..Kalau ikut fakta ni..bermakna lebih 20 % rakyat Malaysia berada didalam kemiskinan.
Selama ni hangpa dok korek dan tebas negara ni..kemudian hangpa kata dan janji untuk rakyat juga kononnya,tapi yang bertambah kaya melana kroni-kroni hangpa juga..
Alahai..pakat-pakat TEBAS bagi habis lah puak ni PRU 13 nanti..kita bagi kat pemimpin lain dari PR la pula memerintah negara dan negeri-negeri yang masih dok haru dengan birunya tuu. Takkan la hangpa nak dok takok tu lagi seumur hidup.

Syukur..Kedah makin Sejahtera


ALOR SETAR: Indeks jenayah di Kedah mencatatkan penurunan sebanyak 5.41 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim.
Beliau berkata sebanyak 10,523 kes jenayah dilaporkan bagi tahun 2012 berbanding 11,126 kes pada tahun sebelumnya manakala kadar penyelesaikan kes jenayah adalah sebanyak 47 peratus.
"Daripada 47 peratus kadar penyelesaian kes jenayah, kes yang membabitkan pertuduhan di mahkamah adalah 30 peratus dan bakinya tiada bukti kukuh untuk mensabit orang yang boleh dituduh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disini Ahad.
Ahmad berharap indeks jenayah di Kedah akan terus menurun tahun ini selaras dengan polis kontinjen negeri disenaraikan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha mencegah jenayah mulai 1 Jan lepas.
"Sasaran penurunan itu mampu dicapai dengan meningkatkan rondaan bermotosikal dan kereta peronda polis (MPV) khusus di kawasan titik panas," katanya.
Menurutnya, polis akan meningkatkan sekatan jalan raya dan menambah waktu rondaan di kawasan strategik termasuk menggunakan khidmat anggota sukarelawan polis (PVR).-- BERNAMA

25 Januari, 2013

bekas anggota keselamatan kepung umnooo keliling dahhh..

Sejarah baru negara kita Malaysia bakal tercipta. Tidak pernah sebelum ini kalangan bekas anggota keselamatan atau berunifom mula menggasak kerajaan yang dipertahankan dengan penuh kesetiaan sebelum ini. Asakan ini merupakan kesedaran terhadap kepentingan mempertahankan negara bukan sekadar dari ancaman luar negara malah ancaman dari dalam negara sendiri.

Kini bekas anggota keselamatan melihat ancaman dari dalam negara sendiri merupakan 1 ancaman yang paling merbahaya yang boleh mengakibatkan rakyat negara ini menjadi robot hidup. Ancaman yang ada kini dilihat bukan dari kalangan penjajah asing,tetapi datangnya dari pemimpin didalam negara sendiri yang telah diamanahkan mengurusi atau mentadbir negara ini...

Apakah para bekas perwira dan pahlawan negara ini tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk negara sendiri ? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena kepada negara kita ini yang perlu diubah dan diperbaiki.
Bagi aku..punca utamanya adalah kepimpinan..kepimpinan negara dan negeri-negeri dibawah umno be end perlu dibuang dari kerusi mereka..Sudah lama rakyat bersabar dengan karenah mereka.

Kini saat untuk menggempur para pemimpin dan mereka yang menjadikan rakyat seperti ROBOT atau mayat hidup...Ayuh kita GEMPUR....Gempur kita sebagai rakyat yang bermaruah...

Gabungan KERABAT,KOBAT dan PAHLAWAN mengajak rakyat Malaysia agar turut berubah untuk SELAMATKAN MALAYSIA...




Ayuh...rakyat Malaysia kita kepung dan menggempur umnoo be endd hingga rebah tersungkur
GEMPUR...GEMPUR...GEMPURRRR.

18 Januari, 2013

nak punah lagi juta-juta RM duit tentera dan bekas tentera ni.



KUALA LUMPUR 18 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) menawarkan lima peratus wang caruman tambahan kepada anggota tentera melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang itu akan dicarum menerusi tabung khas pencen LTAT.
“Atas keprihatinan melihat keutamaan kebajikan bekas anggota tentera, Pakatan menawarkan untuk menambah lima peratus caruman kerajaan ke dalam tabung pencen tentera.
“Sekarang anggota tentera dapat 15 peratus. Kalau Pakatan Rakyat menang, kita akan tambah lima peratus. Bermakna sebulan 20 peratus dari jumlah gajinya dicarum dalam LTAT,” kata Rafizi.
“Lima peratus ini akan kita gunakan untuk dilaburkan dalam tabung khas dalam LTAT. Keuntungan ini kita akan beri sebagai imbuhan kepada mereka yang tidak mempunyai pencen dan belum diselaraskan,” jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena Ceramah Jelajah Penyelewengan LTAT di PPR Bandar Tasek Selatan, Sungai Besi malam tadi.
Rafizi berkata, beliau akan ke Wisma Boustead Holding Berhad semula minggu depan, kali ini sebagai pemegang saham yang membolehkannya akses kepada dokumen urusniaga LTAT.
“Kita akan ke Wisma Boustead minggu depan. Kali ini saya pemegang saham Boustead dan akan semak satu persatu,” katanya.
“Orang selalu tanya kenapa saya beria-ia nak pertahankan (bekas tentera)? Ya, dulu memang kita tak pernah tanya tentang hal ehwal tentera.
“Isu ini timbul sebab Menteri Pertahanan gelojoh ‘gunakan’ Kementerian Pertahanan. Dengan pendedahan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, soal wang bekas anggota ATM diguna untuk membayar pihak tertentu, maka ada asas penglibatan,” tambahnya.
“Wang RM130 juta yang digunakan untuk membayar (Datuk) Raja Ropiaah (Raja Abdullah) dan RM30 juta kepada Deepak
ini sama seperti kita gunakan wang caruman anggota tentera untuk membeli cincin Rosmah (Mansor),” katanya.
“Kita tahu kepayahan bekas anggota. Ada yang 18 tahun, 21 tahun berkhidmat. Ada yang nak minta permit teksi tak dapat. Ada pula yang minta permit berniaga, pun tak dapat. Kena kerja sampai umur 65 tahun. Tapi, Umno BN atas nama Melayu ambil tanah dan wang kemudian diali-babakan,” sambung beliau.
“Umno BN juga sering gunakan imej tentera, kononnya jika berlaku perubahan dalam negara, akan berlaku pertumpahan darah. Ini mesej psikologi yang cukup besar,” tegasnya.
“Sedangkan kini ramai bekas tentera dan polis bersama Pakatan Rakyat. Setiap hari ada sahaja Jeneral yang hubungi kita (KEADILAN),” jelas Rafizi lagi.

17 Januari, 2013

Tarikh PRU 13..macam tikam nombor ekor laa

Ramalan tentang tarikh PRU 13 umpama macam orang dok tikam nombor ramalan kot...atau dalam bahasa lain tikam nombor ekor. Ini juga menggambarkan bentuk pemikiran pemimpin negara kita yang berdentum dentam menyatakan untuk membawa negara ini menjadi negara maju pada tahun 2020. Gulungan pemimpin begini memang suka bawa rakyat jadi tukang ramal atau tok nujum..
Manyak syiokkkk oooo bagi rakyat tertanya-tanya. Lebih teruk dari negara lain yang masih kurang membangun seperti Malaysia.

Penggal ke 12 Parlimen dan DUN didalam Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak semakin hampir. Kalau disesetengah negara tarikh pilihan raya mereka diumumkan bertahun-tahun sebelum itu. Kalau beginilah caranya, alamat negara kita akan bertambah maju dalam hal kecelaruan minda la. 

Mengikut sesetengah analisa menyatakan bahawa Najib akan bubarkan Parlimen pada bila-bila masa antara 20 Feb 2013 hingga 20 Mac 2013 sebab Najib kena hadir program diluar negara dan dalam masa yang sama pada bulan Mac ni juga ada pertunjukan LIMA di Langkawi yang sebelum ini selalunya diadakan dalam bulan Disember.
Peluang..peluang..peluang masa LIMA ni tentu depa tak lepaskan.
Peluang apa hangpa fikir sendiri le.
Mai kita pakat teka...kita lihat siapa yang kena...nombor 2 aku yang punya..Hahahaha...bila pun tarikh PRU 13 ni .aku kira yang ni je

kapal selam tak main laa.

Berita ni tentu mencabar minat para penyangak...penyonglap wang harta negara atau harta orang lain..Kalau curi kapal selam,payah juga nak cari sebab laut ada banyak dan luas...tapi kalau songlap duit komisen beli kapal selam orang boleh trace juga..Ini kali ada orang curi keretapi maa..



Perempuan pula tu..dia tak bunuh orang lain pun cuma rempuh kediaman je...perempuan ni tentu lebih hebat dari perempuan yang beli cincin mahal tu..berani buat berani tanggung....tenat..Tapi perempuan yang berani buat dan masih tak bertudung belum jawab pun bab cincin yang bernilai juta-juta RM ni.
Inilah dunia...umpama kata dalam filem kot..dunia ana yang punya.
Ingat-ingat le..dalam AlQuran ada dinyatakan " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik".
Kalau yang jahat tu,pasangannya tentu yang seangkatan dan sewaktu dengannya walaupun ada juga pasangan yang berlainan sikapnya yang merupakan ujian kepada yang baik tu.
TEBAS minda sendiri le..Ini kali lah.

16 Januari, 2013

Listen Problem la pula..kalah mat Sabu nii.

Wow...bila bab Amanat Hj Hadi dibangkitkan..puak-puak umno pun mula melalak kisah 30 tahun lalu...yang entah terbatal iman atau pun tidak...yang jelasnya ia umpama "Siapa makan cili,dia merasa pedas".
Lepas tu timbul pula bab Kalimah "Allah"...hinggakan ada yg keluarkan kenyataan siapa yang membenarkan masyarakat bukan Islam gunakan kalimah Allah ini akan menjadi murtad...tapi apakah bukan kerajaan juga yang membenarkan penggunaan perkataan tersebut dicetak didalam "Bible"  yang digunakan di Sabah dan Sarawak ?
Kemudian HKR 112 berlangsung dengan aman...tup tup...meletup pula bab LISTEN..LISTEN..LISTEN ni..

Wow...boleh kalah populariti Mat Sabu ni....
PROBLEM..PROBLEM..PROBLEM 
 Problem pada akal sesetengah manusia yang tak tau listen..listen to the others.
Maka timbul pula pandangan balas terhadap peristiwa listen problem ni.

NOW YOU MUST LISTEN..LISTEN..LISTEN..LISTEN...
as to make yourself clear..
LAGI

Dont worry..everything happens for a reason.
I'm sure about it..

15 Januari, 2013

no money no cry


Hey Malaysian..dont worry about money..

up..up and away.

dont cry...they spend it for you...See. 
where the money goes...

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MATRADE repairs = RM120 million
15. Cost of new plane used by PM = RM200 million
16. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
17. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
18. Lost in selling Augusta = RM510 million
19. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
20. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
21. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
23. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
26. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
 

It's for you ?...ooo.. may be yes..

may be nooo

CNY di Kedah


Azizan : Yang Penting BERPAKAIAN SOPAN & TAK MENJOLOK MATA...

Kedah beri 'lampu hijau' acara CNY 1Malaysia
NONEKerajaan Kedah telah memberi lampu hijau untuk program budaya '1Malaysia Tahun Baru Cina 'yang dijadual diadakan pada 15 Februari di Alor Setar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pihak penganjur mesti memastikan penghibur berpakaian sopan.

Menurutnya, setiap peserta yang terlibat dengan
persembahan pentas dalam program itu, sama ada lelaki atau perempuan, mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas laporan media bahawa program itu dilarang diadakan jika tidak mematuhi garispanduan kerajaan negeri berhubung persembahan awam.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan kepada media oleh Exco Negeri bagi kesihatan, sukan, belia, budaya, seni, warisan dan bioteknologi, Hamdan Mohamed Khalib, garispanduan itu "boleh diubah" mengikut keadaan.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan jika ia berlaku.
Beberapa pihak telah mengecam kerajaan negeri kerana mengenakan garispanduan keras bagi program kebudayaan yang juga menyatakan bahawa wanita dewasa tidak dibenarkan membuat persembahan dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, mengikut garispanduan tersebut, terdapat "kekhilafan" kerana acara yang akan datang itu adalah menjadi persembahan kebudayaan awam.

Menurutnya, selepas mengenal pasti kesilapan itu, garispanduan baru dan kelulusan telah dikeluarkan kepada City Plaza dan penganjur, tanpa syarat yang dinyatakan dalam yang garispanduan awal, dan  etika pakaian yang selaras dengan budaya masyarakat perlu dipatuhi.

Sementara itu, pejabat Hamdan dalam satu kenyataan  berkata, garispanduan itu bertujuan untuk mengawal persembahan yang boleh menimbulkan masalah sosial, terutamanya di kalangan belia Melayu Islam.

Bagaimanapun, katanya, bagi program kebudayaan dan keagamaan yang melibatkan masyarakat Cina, India dan Thailand, beberapa kelonggaran dibenarkan mengikut keadaan.

Garispanduan itu, tambahnya, boleh dikeluarkan selaras dengan keperluan acara itu kerana kerajaan negeri mendengar dan menerima pandangan masyarakat untuk kebaikan semua.

NONEDifahamkan, penganjur program '1 Malaysia Tahun Baru Cina' itu tidak
mengadakan perbincangan dengan pejabat Hamdan (kiri) selepas menerima garispanduan sebelum ini, tetapi membangkitkan isu tersebut kepada para pegawai MCA.

Jurucakap pejabat Hamdan berkata, biasanya, penganjur acara akan berbincang dengan Hamdan, dan beberapa garispanduan akan dilonggarkan bagi menjayakan program tersebut, berdasarkan keperluan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...