WISH

WISH

08 April, 2012

Najib dan tok menteri pun kena letak jawatan

Semakin dekat dengan PRU 13 semakin rancak desakan terhadap pemimpin. Minggu lepas DSAI didesak atas berbagai perkara. Azmin Ali pula disedak meletakkan jawatan dalam PKR. Kini TGNA pula didesak meletak jawatan atas alasan gagal menyelesaikan masalah air di Kelantan.



MTRK desak Nik Aziz letak jawatan

7 April 2012
BACHOK - Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan berikutan kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat negeri itu.BACA SINI
Bagaimana pula dengan perkara-perkara dibawah ?
1. Masalah PATI dan pendatang asing hingga kini tidak selesai.
2. Masalah Pendidikan negara masih berserabut.
3. Masalah Air disemua negeri terutama di Sabah dan Sarawak.
4. Masalah jalanraya disemua negeri terutama di Sabah dan Sarawak.
5. Masalah buang anak dan zina makin bertambah.
6. Masalah pengangguran masih belum ada jalan penyelesaian.
7. Masalah perumahan rakyat makin bertambah.
8. Masalah boros dalam perbelanjaan negara masih berterusan dan diumumkan setiap hari.
9. Masalah Kad Pengenalan Rakyat sendiri pun masih tiada penamat.
10. Masalah kemiskinan yang diperangi sejak mula merdeka belum berkesudahan.
Ahhhh...banyak lagi laa masalah yang dihadapi oleh kita ni. Masalah yang ada ni kebanyakannya terletak kepada bidang kuasa diperingkat kerajaan Pusat.
Jika demikian Najib dan semua menteri kena letak jawatan.

suami ohhh suami


Bekas suami tak faham maksud taklik


KUALA LUMPUR: Suami ‘hilang’ lebih empat tahun tanpa nafkah zahir dan batin, dipukul serta suami ada wanita lain antara dugaan dihadapi penyanyi dan pelakon, Leina Hangat, 39, ketika berkahwin dengan mualaf warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.
Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia dihalau bekas suaminya yang ketika itu bekerja sebagai chef di Singapura pada 2003 dari hotel yang menjadi kediaman mereka di negara berkenaan dan mendakwa lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan wanita warga Vietnam.

“Saya tahu dia menjalin hubungan dengan wanita itu apabila dia memberitahu ketika saya menghubunginya selepas dihalau dari hotel itu. Saya juga dapat bercakap dengan wanita itu,” katanya ketika dihubungi di sini.


Leina yang pernah membintangi filem Awas dan Satay, melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu pada 21 Ogos 2002 dan bercerai pada Ogos 2008.

Leina turut mendakwa bekas suaminya suka keluar malam dan pemabuk. Dia juga kerap dimarahi dan dipukul jika tidak membenarkan bekas suaminya mengambil minuman keras.


Katanya, selepas lelaki itu menghilangkan diri, dia pernah cuba menghubunginya dan menunggu bekas suami mencarinya tetapi gagal.



Namun, selepas bertemu kembali pada 2007 dan mengemukakan permohonan fasakh, bekas suaminya memperlekeh dan mentertawakan peguam Leina yang menghubunginya ketika itu.

“Dalam kes kami, saya tidak meletakkan 100 peratus kesalahan kepada bekas suami kerana berasa saya turut menjadi penyumbang. Saya akui ketika itu ilmu agama tidak cukup kuat, menyebabkan saya gagal menangani masalah rumah tangga.


“Sepatutnya saya menggalakkannya mendalami agama Islam, sebaliknya saya pula terikut-ikut gaya hidupnya. Dia pula baran dan saya pula melawan, tidak hairan dia kerap ‘naik tangan’,” katanya.

Leina berkata, bekas suaminya tidak faham tuntutan agama Islam dan memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengannya.


“Ketika bernikah, dia hanya membaca taklik tetapi tidak memahaminya langsung,” katanya.


Menurutnya, sepanjang perkahwinan, dia juga tidak pernah bertemu keluarga bekas suaminya.


Leina kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 40, pada 2009.


“Saya lebih banyak belajar dalam perkahwinan kedua. Saya perlu menjaga hati suami dan buang sikap negatif seperti sikap dulu seperti suka menjawab apabila bertengkar dengan suami,” katanya.


demontrasi tak boleh..himpunan boleh lee


Penuntut perlu elak terlibat sebarang demonstrasi
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 April 2012
KOTA BHARU- Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia (PGMK) Kelantan menggesa penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri ini tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi atau bantahan.
Presiden PGMK Kelantan, Ik Ku Man Mat Zain berkata, demonstrasi atau bantahan berkenaan bukan sahaja merugikan penuntut itu sendiri, malahan boleh menjejaskan pengajian mereka.
Penuntut universiti awam dan swasta di Kelantan dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana bantahan atau demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa itu sendiri atau pertubuhan lain.
“Mereka perlu memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan tidak pula terlibat dengan kegiatan tidak bermoral termasuk mengadakan demonstrasi apabila tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program PGMK
Himpunan Aman Kampus Memperkasakan Generasi Muda di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini.
Himpunan 1,000 generasi muda terdiri daripada penuntut IPTA/IPTS di seluruh Kelantan dan belia terpilih berkenaan dilakukan bagi mengajak penuntut di negeri ini konteks kepimpinan melalui jelajah di seluruh negeri.
Ik Ku Man berkata, sebenarnya, dalam soal terlibat dengan demonstrasi atau bantahan, ia hanya dilakukan segelintir penuntut itu sahaja, namun tindakan mereka boleh memburukkan semua nama penuntut dan pengajian.
Menurutnya, himpunan tersebut memberi pendedahan kepada penuntut supaya mereka boleh menjadi pemimpin berkualiti di bawah Generasi Muda 1Kelantan 1Malaysia seiring dengan peranan mereka sebagai ejen perubahan sosial, agama dan bangsa.
“Program seperti ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai semangat 1Malaysia dengan membolehkan mereka lebih memahami peranan, tugas dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin berkaliber kelas pertama.
“Himpunan ini juga turut menjemput ahli di seluruh sekolah bagi tujuan pendedahan awal kepada pelajar dan bagi jelajah aman kampus pula, ia dilakukan dengan 10 kereta dan dua kereta, malahan Kelantan menjadi negeri kelima jelajah aman kampus ini,” katanya.
Hahahaha..aku tak faham bahasa yang digunakan oleh puak ni..aku yang kena TEBAS minda bahasa aku atau puak macam tu yang patut kena TEBAS habis ? Mungkin itu le bahasa melayumnoo glokal setelah lebih 50 tahun dok perjuangkan hak bangsa.

07 April, 2012

Syria di persimpangan jalan


Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat, kerana pemerintahan bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.
Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.
Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka juga diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.
Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan. Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel. Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel.
Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya. Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.
PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat. Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya. Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).
Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.
Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.
Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya. Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain. Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel. Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.
Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.
Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu. Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.
Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut. Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.
Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman. Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.
Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan. Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah. Masalah cabang ajaran agama yang berbeza dikalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq. Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.
Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar. Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan. Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang.
Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad. Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan. Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak.
Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam. Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.
Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

06 April, 2012

lagi artis pakai tudung


yatt

Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah

Jika minggu lepas Abby Abadi melakukan penghijrahan dengan imej bertudung,hari ini seorang lagi dramatis mengikut jejak sama iaitu Yatt Hamzah.

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.
Yatt
yatt
yatt

janda oohh janda


Coli, seluar dalam jadi bahan bukti kuatkan dakwaan
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 April 2012
KAMPUNG PAYA – Tindakan seorang janda membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara ketika ahli keluarga yang lain tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.
Berikutan itu, serbuan dilakukan pihak polis kira-kira jam 10.30 pagi di rumahnya dekat sini 16 Februari lalu membawa kepada penangkapan pasangan terbabit.
Hasil pemeriksaan, teman lelakinya didapati berada di dalam sebuah bilik dalam keadaan bertuala bersama janda berusia 20-an itu yang hanya memakai tuala dan baju T.
Penemuan coli wanita, seluar dalam, seluar pendek paras lutut dipercayai milik janda terbabit dan baju serta seluar milik teman lelakinya yang dijadikan bahan bukti menguatkan dakwaan bahawa mereka melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.
Akhirnya, pasangan yang turut disahkan positif dadah apabila ujian saringan air kencing dilakukan selepas serbuan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin atas tuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Kedua-duanya apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memilih untuk membuat pengakuan bersalah sebelum masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Pendakwaan dilakukan Pendakwaraya Syarie Nor Hakimah Awang manakala tertuduh lelaki berusia 23 yang berasal dari Kampung Che Lijah dan pasangannya, 24, tahun dari Jalan Lembah tidak diwakili peguam.
Nenek dicekup khalwat
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 April 2012
DUNGUN, Terengganu – Tindakan seorang janda melewati usia lebih separuh abad yang kerap kali membawa pulang teman lelaki untuk memadu asmara di rumahnya pada waktu tengah malam membawa padah apabila perbuatan sumbang itu berjaya dihidu pasukan rondaan kampung.

Dalam kejadian terbaru awal pagi kelmarin, perbuatan sumbang wanita yang sudah memiliki cucu itu terbongkar setelah dia ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan ahli Helang Recreation Club (HRC) ketika berada berdua-duaan di rumah milik janda tersebut.

Difahamkan ketika serbuan dilakukan bersama pegawai penguat kuasa syariah itu, anak wanita terbabit dikatakan keluar rumah dan kesempatan itu digunakannya untuk membawa pulang teman lelaki yang mempunyai jarak usia yang jauh berbeza dengannya.

Wanita berusia 55 tahun bersama teman lelakinya, 33, berasal dari Ketengah Jaya itu difahamkan pernah ditahan sebelum ini oleh penguat kuasa syariah kerana berkelakuan tidak sopan pada waktu lewat malam di pantai berdekatan.

Mereka akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

bila putus sudah kasih sayang...baru nak sedar ?


Bekas dekan dakwa isteri lelaki
KHALILAH GUSTI HASSAN
6 April 2012
Isteriku lelaki
KUALA LUMPUR – Bekas dekan institusi pengajian tinggi awam yang mengesyaki isterinya lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Bahrom Sanugi, 61, nekad bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

“Bahrom failkan permohonan faraq (batal nikah) pada 17 Januari 2011 selepas mendapati angka akhir pada sijil lahir Sri Wani bernombor ganjil (bermakna dikhaskan untuk lelaki).

“Dia juga memfailkan permohonan untuk arah Sri Wani jalani pemeriksaan pengesahan jantina. Permohonan dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mahkamah Syariah 1998,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak.

Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.

Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.

“Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan,” katanya.

Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini.
Donia..donia..kata setengah orang..begini pun boleh berlaku..rupanya org cerdik pun boleh ditipu oleh org yg kurang cerdik. Entahkan betul entahkan tidak kes penipuan jantina ni..Apapun beginilah yang sering berlaku setelah putus sudah kasih sayang kot ? 

05 April, 2012

memang pelaq puak nii

UGUT BUNUH JIKA GANTUNG BENDERA PAS


MELAKA: Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.

Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana Said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".


Bendera dan banner yang dipasang semula

Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.

yusofwahab

sejuta pemuda harapan bangsat


K-Pop gegarkan Himpunan Belia


AKSI kumpulan Super Junior M ketika membuat persembahan di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia pada 28 Mei 2011.


KUALA LUMPUR – Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu Teen Top dan Dal Shabet.
Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud yang tersirat.
“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja, malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Para pejuang melayumnoo tentu rasa bangga dengan kejayaan tranformasi yang dibawa oleh Rosjib. Orang TEBAS cara lain depa TEBAS macam lain.

04 April, 2012

Malaysia untuk dilelong ?


 

Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,


Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing."Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

negara utk dilelong ?

 "Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.


"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

Kes pendatang asing yang berlonggok macam buah genuak,buah lai dan macam-macam makin  berlambak dan berlonggok dalam negara. Dari satu masalah kesatu masalah dibikin oleh pengarah filem negara. 
Oooo abang..kita sudah lama datang sini..sana kerja juga.Mau cari makan bang.Itu ic pun mau ambil juga..Hahaha nasib saya ada banyak baik ooo.
Untung sabut timbul..untung batu tenggelam..untung rakyat Malaysia malang. 

Kemelut Kedah : Ribut Dalam Kelambu La Pula

Isu kemelut PAS Kedah sudah semakin lenyap dengan upacara mengangkat sumpah jawatan 2 Exco yang akan berlangsung esok.PAS Kedah menjadi semakin matang dan mantap dengan kemelut yang berlalu itu. Ahli-ahli PAS Kedah sudah bijak menilai dalam menentukan halatuju parti bagi menggantikan Umno(Baru) untuk berkhidmat kepada rakyat Kedah.

kalau kena ribut gini...lingkup
Bagi menghadapi PRU 13 nanti,PAS Kedah sudah tidak memandang kebelakang lagi. Siapa saja yang bakal dicalonkan samada yang baru atau yang lama,kepentingan jamaah yang diutamakan. Persiapan untuk PRU 13 ini semakin rancak disemua cawangan,samada PRU ini diadakan dalam masa terdekat atau pun pada tahun 2013 nanti. Ahli PAS Kedah sedia menghadapinya bak kata "Membujur lalu melintang patah". Umno(Baru) perlu ditalkinkan disemua kerusi DUN atau Parlimen. Umno(baru) serta gerombolannya akan Be End. Demikian tekad dan semangat ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ribut didalam cawan berlalu sudah,seringkali ribut ini tidak menyebabkan cawan menjadi  retak dan pecah walaupun sedikit kopi terpercik keluar melelehi cawan dan mengotorkan piring. Itulah lumrah kehidupan, kopi terus diminum,cawan dan piring pasti dicuci oleh tuannya.Bak kata TGNA "Sampan berlalu kiambang bertaut",maka itulah kelebihan PAS jika dibandingkan dengan Umno(Baru) Be End.

Kini episod RIBUT didalam Umno(Baru) pula semakin mengganas.Ribut yang sering berlaku didalam Umno bukan seperti Ribut didalam PAS. Kemelut Umno(Baru) Be End umpama Ribut Dalam Kelambu..Andaikata berlaku ribut ini pasti tempat tidur menjadi selerak dan tali kelambu pun putus.  Kadangkala ada katil yang patah dan kelambu menjadi rabak.

Semakin hampir menjengah PRU 13, Umno(Baru) Kedah kian bergoyang lantaran ribut yang diwarisi sendiri. Dato' Syed Sobri yang merupakan ADUN Kuala Nerang telah mengisytiharkan dirinya sendiri muflis setelah gagal menjejaskan hutang pinjaman yang berbaki sebanyak RM 8 juta. Maka akan kosonglah kerusi DUN tersebut dan mengurangkan juga jumlah kerusi Umno(Baru) Be End sendiri. Rancangan Allah siapa yang tahu ? "Jadi" kata Allah maka itulah yang terjadi.

Apabila lubuk sudah tiada rajanya,tentunya ada kaloi-kaloi lain akan merebut untuk menguasainya.Pastinya ramai kaloi jantan akan bertarung untuk menjadi raja lubuk tersebut. Akan berkocak air dilubuk dan kadangkala akan menjadi keruh hasil dari pertarungan kaloi. Pertarungan ini kadangkala akan membawa maut kepada kaloi yang kalah atau setidak-tidaknya pun akan luka atau pecah mulut juga sebelum yang kalah melarikan diri.

Pertarungan kaloi ini sudah semakin sengit dengan perebutan bakal-bakal calon Umno(baru) Kedah untuk PRU 13 nanti. Dalam satu kenyataan,Raja Kaloi Kedah telah berkata
"Umno Kedah turut menyenaraikan beberapa nama individu terdiri daripada golongan profesional sebagai calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13).Kebanyakan golongan profesional yang disenaraikan itu adalah doktor perubatan, peguam dan ahli perniagaan. Menurutnya, boleh dikatakan hampir semua bahagian sudah menghantar cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding di kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri.
“Namun terdapat dua bahagian belum berbuat demikian iaitu Sungai Petani dan  Padang Serai. Pengurusan kedua-dua bahagian berkenaan sehingga kini masih di bawah seliaan Umno negeri.

Hah..rupa-rupanya Kaloi yang berlaga didalam air menyebabkan RIBUT DALAM KELAMBU Umno(Baru) masih berpanjangan. Sudah hampir 3 tahun masih terdapat 2 bahagian Umno berada dibawah seliaan Umno(Baru) negeri. Ini lagi teruk dari ribut dalam cawan PAS. Jelaslah menunjukkan bahawa Umno(Baru) tidak mampu menyelesaikan kemelut mereka sendiri,apalagi nak diharapkan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Patut pun negeri Kedah selama 50 tahun berada dibawah pemerintahan Umno Be End, hutangnya makin meningkat dari tahun kesetahun hingga mencecah sekitar RM 2b. Mereka asyik bertarung sesama sendiri hingga lupa menunaikan kewajipan kepada rakyat. 
Mungkin falsafah diatas yang digunapakai dalam mentadbir negeri Kedah ini,dimana hutang-hutang yang dibuat juga mungkin untuk projek mengubati luka pertarungan kaloi atau untuk membeli kelambu serta katil baru bagi menggantikan yang rabak dan patah.
Kalau nak nampak kaloi berlaga,kena TEBAS semak dilubuk atau ditelaga supaya menjadi cerah permukaan air tu. Kalau dibiarkan semak,tak nampaklah kelibat kaloi berlaga dan kalau nak melihat kena le duduk ditebing lubuk atau telaga bukan masuk dalam air bersama kaloi tu. 
Jika nak tau betapa teruknya Ribut Dalam kelambu ni,kena turun dari katil dan duduk diluar kelambu,baru boleh nampak. Lepas tu kena TEBAS minda juga untuk membandingkan mana yang lebih nyaman antara Ribut Dalam Cawan dengan Ribut Dalam Kelambu.

MUFLIS : Tok Syed..berani buat berani tanggung

Adun Kuala Nerang Syed Sobri muflis

4 April 2012
Datuk Syed Sobri Syed Hashim
ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis
setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan
syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan,
Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.
Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.
Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.
Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.
Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Dalam PM dok kalut dengan tarikh PRU 13,ada juga pemimpin parti Umno(Baru) yang berani mengisytiharkan diri sendiri muflis. Gua tabek lu Tok Syed,gua ingat lagi apa yang pernah lu kata suatu ketika ditahun 2008 "kalau negeri Kedah ni tak dak duit untuk jalankan projek, Ustaz (MB) kena ikhtiar juga walaupun berhutang..nak bayar kita kira cari  kemudian". Mungkin yang tu falsafah Umno(Baru) dalam membangunkan negeri yang diikutkan oleh beliau. Nasib baik kerajaan Kedah dibawah PR tak ikut falsafah tu kalau tidak Kedah masih seperti dulu hutang..hutang..hutang. Sekarang, lu sendiri bikin lu sendiri tanggung maa.Umno(Baru) pun tak mampu nak tolong dah kot..
Elok laa Dato Syed buat gitu,kurang-kurangnya lepas sikit tekanan tu. Umno(Baru) Be End menjadi makin semak,kerana lepas ni makin ramai le yang melobi nak jadi calon dacing di Kuala Nerang tu. Maka PAS dan rakan-rakan dalam PR nak kena kerja keras juga untuk TEBAS semak di Kuala Nerang bagi jadi cerah dan terang benderang.

03 April, 2012

kepada para pejuang

PRU13: Muhasabah untuk semua


Gendang perang pilihan raya semakin hampir. Tarikhnya menjadi teka teki, sejak tahun lepas lagi apabila Umno sendiri menangguhkan Mesyuarat Agung Pemilihan Umno kerana bimbang perpecahan yang sukar diubat. Hampir setahun sudah berlalu, namun tarikhnya belum lagi muncul kerana Datuk Seri Najib Tun Razak belum mendapat ilham.

Di mana sahaja saya bertemu dengan ahli dan orang ramai, soalan yang ditanya bila tarikh pilihan raya? Ini ada soalan lazim yang dikemukakan oleh orang ramai. Persoalannya bukan tarikh pilihanraya, tetapi persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Apakah jentera kita sudah bersiap dengan pasarana untuk bertempur, kerana ini adalah pilihanraya yang paling kritikal. Pihak Barisan Nasional tidak semudah itu untuk menyerah kalah kepada Pakatan Rakyat. Lebih lebih lagi mereka sudah melihat regim yang tumbang akan dibawa kepada pengadilan dan dibongkar skandal penyelewingan sepanjang mereka berkuasa.

Oleh itu kepada petugas PAS mesti menganggap bahawa ini adalah kerja jihad. Jihad adalah fardu yang berterusan dan tidak  pernah terhenti. Ia berterusan sehingga kiamat. Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk  memepertahankan kemenangan dan menambahkan kemenangan.

Musuh kita akan berusaha secara berterusan untuk memisahkan manusia daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa kerja Jihad  adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Allah sendiri  menggalakkan hambanya yang beriman supaya  berjihad dengan janji yang cukup mewah tanpa tolak banding.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai mereka yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad  di jalan Allah dengan harta  benda dan jiwa raga kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”(al-Saf: 10-11)

Allah SWT telah menyatakan habuan dan keuntungan yang diperolehi kepada hambanya yang berjihad.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli daripada mukmin (yang berupa) jiwa raga mereka , dan harta benda mereka  dengan (keuntungan) syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh) (al-Taubah, 111)

Tanpa jihad rakyat akan terdedah kepada kezaliman dan ketidak adilan  dan diperbodoh-bodohkan. Sebab itu PAS meletakkan bahawa kerja pilihanraya adalah merupakan usaha jihad. Kerana inilah pedekatan muwajahah silmiah (perjuangan secara aman)  yang sudah diambil sejak  daripada pilihanraya yang pertama 1955. Sehingga kini, inilah  pendekatan yang baik  di ambil walaupun penuh dengan  penipuan  dan berat sebelah. Kerana ini adalah merupakan satu cara untuk PAS menyampaikan risalah perjuangan Islam kepada masyarakat di negara ini, termasuk kepada orang bukan Islam.

Persoalannya apakah kita sudah bersedia menghadapai gerombolan Barisan Nasional yang telah menghalalkan cara dalam semua tidakan sehingga mencemar sisitem demokrasi di negara ini. Siri-siri gangguan yang dilakukan oleh penyokong BN  tidak pernah melunturkan semangat PAS. PAS terus bersabar sambil menunggu kejayaan.

Beberapa perkara yang boleh menjadi renungan dan muhasabah bersama ketika hampir pilihanraya umum ke 13.

1.Apakah kita telah  melakukan kerja semaksimum mungkin?. Bagaimana persiapan bilik gerakan, penculaan, kewangan, pengundi luar.  Jika perkara ini tidak diselesaikan, apakah  layak kita menempah kejayaan.

2. Amat malang kepada kita, jika  ia mampu memberi banyak tenaga dan usaha yang lebih besar tiba-tiba ia tidak menyumbangkan perkara ini untuk merintis perjuangan. Sedangkan Allah di dalam firmannya: “Dan persiapkanlah kekuatan untuk mereka sedaya upaya kamu” (Surah al-Anfal: 60)

3. Adakah kita malas dan lemah semangat untuk berjuang. Sedangkan pihak penentang kita bekerja siang malam bukan kerana redha Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan duniawi. Ingatlah amaran Allah kepada mereka yang dihinggap penyakit ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, apakah yang menyebabkan kamu  apabila dikatakan kepada kamu, “keluarlah di jalan Allah”, kamu berasa berat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Hidup di dunia  ini tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan akhirat kecuali sedikit sahaja. Sekiranya kamu tidak  keluar nescaya diazabkan kamu dengan azab yang pedih dan dilantikan kaum dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memudaharatkan Allah sesauatu pun, sedangkan Alah amat berkuasa atas setiap sesuatu” ( Surah al Taubah 38-39)

4. Adakah sewaktu berada di waktu kritikal ini kita pula mahu berundur daripada medan perjuangan. Kita menghentikan wakaf diri, harta, jiwa dan tenaga kepada perjuangan. Kita sanggup biarkan sahabat kita bersusah payah, sedangkan kita bercuti daripada berjuang.

5. Betulkan niat kita untuk bersama dengan Pas. Perjuangan kita ialah kerana menuntut redha Allah.  Kita berjuang bukan ada agenda peribadi. Bukan untuk mengaut kekayaan jika kita menang Putrajaya. Bukan jawatan yang kita hendak rebut.

6. Kita tidak boleh berlengah-lengah. Sekarang sudah berada dipecutan terakhir. Kita mesti cergas bergerak dan berhemah tinggi. Kita mahu setiap  petugas kuat dan lincah supaya hati-hati kita segar dan pantas. Hati yang berperasaan cemburu, marah, bengis, kurang sopan semuanya tidak membantu ke arah kemenangan.

7. Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah SWT? Kerana inilah kekuatan yang menjadi senjata yang pailing kukuh. Kita bimbang jika hubungan dengan Allah rosak maka Allah tidak akan membantu kita di saat kita susah. Perbanyakkan doa, baca quran, zikir dan solat hajat untuk kemenangan kepada kita dan keselamatan kepada perjuangan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...