WISH

WISH

20 Disember, 2012

mati syahid atau munafiq..

Kita pakat tolong le macamana pun yahudi tetap akan bertapak di Baitulmuqaddis.Umat Islam dan rakyat Palestin pasti akan terus diperlakukan dengan berbagai kekejaman..dari satu generasi kesatu generasi... 

Pemimpin dan umat Islam samada ikhlas atau tidak menzahirkan kecaman terhadap Israel dan zionis dengan berbagai cara. Hakikatnya Israel dan zionis akan terus melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin dan juga penentangan terhadap Islam.

Usah kita bersedih dengan kekejaman yang terjadi...memang naluri manusia akan merasa sayu atau sedih terhadap sesuatu kekejaman apalagi kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi perjuangan WAJIB diteruskan dengan kekuatan Iman yang penuh dengan disiplinnya yang tersendiri.

Ambillah dari kisah penghijrahan Nabi Musa as..kisah Thalut dan Jalut..yang merangkumi disiplin KEPATUHAN kepada ketua,KEIKHLASAN terhadap perjuangan,KESABARAN serta KEYAKINAN terhadap JANJI Allah pastinya akan membawa kita kearah kebahgiaan dalam kehidupan seharian dan juga diakhirat kelak.

Mereka dilahirkan untuk mati SYAHID atau MUNAFIQ...hingga akhir zaman...begitu juga dengan kita. 

Baitulmuqaddis tidak akan dapat ditawan dan dikuasai oleh kita umat Islam hinggalah terbunuhnya DAJJAL...jangan marehh ye..perjuangan mesti diteruskan dengan berbagai cara. Usah bersedih dengan kekurangan senjata dalam menegakkan agama Allah..

Apakah kisah Nabi Daud yang bersenjatakan lastik belum cukup untuk dijadikan perangsang ? 

Ayuh !!!! Tumbangkan kezaliman dan kekufuran.

03 Disember, 2012

PAU 2012..umpama ayam serama

PAU 2012 sudah berlalu..dengan nada melayu mereka..dan bergema jua laungan TAKBIR bermula dari si Presiden mereka..
Woww...nampak semangat sungguh depa..ni lah peluang utk depa menunjuk bakat menghentam pihak lawan..sebab masa program ceramah di kampung-kampung atau taman perumahan kurang mendapat sambutan...masa PAU inilah beribu-ribu atau berjuta orang yg dengar...hebat para pejuang melayumnooo...hentam saja la labu. 

Ni petikan dari ucapan si presidennya...nampak berisi

35. Bersuluhkan jamung pejuangan mulia yang cerah menyala, kita mesti cekal bekerja keras, kita mesti terus tabah meyakinkan rakyat bahawa, kitalah pilihan kepimpinan yang utama, bahawa kitalah yang mampu membawa masa depan yang lebih baik kepada mereka dan anak-anak cucu mereka.

36. Apa yang dapat saya katakan, berikhlaslah dalam memberi khidmat kepada rakyat. Berpeganglah kepada kata-kata para ulama dan pujangga, bahawa yang baik akan akhirnya tertampak, yang buruk itu, hujungnya kelak, pasti terpandang jua.


Jika diamati sejak dulu hingga kini, nampaklah apa yang dikatakannya...memang benar kena kerja keras..bagi aku,depa ni umpamanya ayam serama..berkokok nyaring dengan rupa yang menarik..tapi sayang nak jual timbang kati..beratnya kurang...nak sembelih dan makan pun isinya kurang. Hanya layak dijual bagi yg berkategori johan dalam pertandingan yang harganya mungkin cecah puluhan ribu RM. Itu pun bagi serama jantan je.

Jika diikut kata ulama...tentu bini sendiri tak kelihatan jambulnya..tentu pemimpin tak kaya melana.Kalau berkhidmat dengan jujur tentu Melayu dan rakyat Malaysia sudah mendapat perkhidmatan lebuhraya percuma, rawatan kesihatan percuma dan berbagai lagi yang sepatunya dinikmati oleh rakyat Malaysia tercinta.

Jika diikut kata ulama...tentu Islam sudah berdaulat sejak sekian lama dengan hukum hakamnya yang sediaada.

Jika diikut kata pujangga dalam memertabatkan Islam dengan hukum-hakamnya biarpun apa rintangannya, sudah tentu pepatah " Patah sayap bertongkatkan paruh,namun terbang kuterbang jua" digunapakai.

Jika diikut kata kitab..."Bagi kamu ugama kamu,bagi kami ugama kami" sudah tentu semua rakyat Malaysia sudah faham akan maksudnya.

Alahai sedih juga..melihat melayumnooo menangis terisak-isak bila dihamburkan dengan kata-kata "jika umno be end kalah..akan hilang kuasa Melayu didalam Malaysia ni..." Hai nasib la hangpa melayumno oiii..ada akal tak digunakan...ada mata hangpa butakan..ada telinga digunakan sebelah saja.

Hangpa pakat TEBAS le semak-semak dihati dan ditelinga supaya boleh jadi terang sikit. Jangan dok biar diperbodohkan oleh orang yang memang gila kuasa dan harta....depa semakin kaya kita semakin gila dengan Melayu yang mungkin akan lenyap jua umpama sejarah yang telah terjadi kepada manusia yang tercatat didalam kitabullah.

22 November, 2012

negaraku semakin aman

Ramai lagi rakyat kita yang dok kira negara kita ni aman..makmur..Gulungan yang berpendapat kata aman ni dok ukur dari sudut tiada peperangan atau rusuhan atau persengketaan...hang jumpa aku..aku taboh hang..hang bunuh puak aku..aku bunuh puak hang pula...tiada letupan bom atau tembakan senjata api bertalu-talu meranapkan rumah atau bangunan. Maka itulah yang ditafsirkan aman oleh gulungan macam ni.. Apa pun hari ni,aku nak paparkan kesinambungan peristiwa dlm negara mengikut laporan dari satu surat khabar harian saja tentang keamanan kita..
peristiwa dipetang hari
peristiwa di awal pagi
tudia..sampai 20 org sekali..
keamanan di kawasan laut.
tak kira sapa aihhh..
taktik menjadi juga..jam 3 petang bebb..
bukan guna pistol air atau senapang bemban ni.
 Jadi hangpa pakat guna akal yang ada la..kenapa masih berlaku..walaupun ada undang-undang yang semakin ketat dan penguatkuasa yang semakin ramai. Puak-puak penyamun atau penyangak ni kalau dikira tak seramai mana pun..Apakah kita yang bersalah atau sistem kita yang tidak berkesan ?
Sudah tentu ia mempunyai pertalian diantara kedua-duanya..Maka rakyat...akan berkata kita ada kerajaan dan pemimpin yang kena fikir untuk jaga kita..Jika pemimpin pula berkata "kami sudah berusaha yang terbaik untuk rakyat dan negara, tetapi masih berlaku juga...maka bukan salah kami la...salah puak penyangak la."..maka tak akan selesai la masalah ni hingga bila-bila.

Apa salahnya pula,jika kita sebagai hambaNya menyerahkan urusan keamanan begini kepada pencipta kita ?

Pakat TEBAS otak dan tanya sama sendiri la..macamana nak serahkan kepada Yang Maha Pencipta yang menciptakan kita semua ni..Bagi aku mudah je...kalau tak tau bagi kat orang yang tau..habis cerita.TEBAS jangan tak TEBAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...