WISH

WISH

09 Februari, 2012

Imran Khan..you help me,I help you ?

Populariti bekas seorang pemain kriket Pakistan Imran Khan.kian memuncak diarena politik.Beilau merupakan pemimpin kepada Movement For Justice Party yang berjanji akan menghapuskan Rasuah di Pakistan,seandainya beliau diberi peluang oleh rakyat Pakistan untuk menjadi Perdana Menteri mereka.


Hebat..mengalahkan sambutan terhadap PM kita yang berjuang dengan slogan baru " Awak tolong saya,saya tolong awak". Bermakna sekarang ini, pemimpin negara kita sedang menjalankan kewajipan bagi membalas budi atau sokongan terhadap mereka sahaja dan bukan menjalankan kewajipan sebagai seorang pemimpin terhadap rakyat dan negara Malaysia ini.
Kalaulah begini,adakah ia juga mungkin bermakna segala peningkatan harga barang didalam negara adalah kerana membalas budi para kapitalis yang membantu beliau atau parti beliau ? Orang bercakap tentang dasar dan halatuju negara seandainya diberi mandat untuk memerintah, tetapi Umno(Baru) ini bercakap ala majikan dengan pekerjanya..kau buat kerja aku beri upah.
Yang terbaru,"Awak tolong saya,saya tolong awak " diucapkan sehari dua yang lepas kepada kaum India khususnya. Fikir-fikir le kalau nak beri undi lagi kat gulungan macam ni. Hassan Ali pun popular juga. Bukan ratusan ribu yang dengar ucapan beliau tetapi mungkin jutaan yang dengar sebab disiarkan sedikit slot ucapan belaiu melalui saluran tv. Kemunculan Hassan Ali dengan dasar perjuangan Islam,Melayu dan Raja bagaikan Pucuk dicita ulam mendatang kepada Umno(Baru) be end. Lantak le woii..Asalkan Bukan Umno (ABU) je aku pangkah masa mengundi nanti. Janji TEBAS dulu segala semak dan lalang yang ada ni.

meroyan wang wing

 Tunjuk bukti saya 'gila meroyan' mahu jadi MB
 
Hasan Ali menyampaikan ceramah sambil ditemani Mohamed Hafiz (kanan) di Dataran Dato' Sheikh Ahmad,
Ni tajuk berita dalam Sinar.
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali di Kangar.

Beliau mencabar Datuk Husam Musa supaya memberi bukti yang menunjukkan kegilaan beliau itu termasuk rakaman video percakapan jika ada.


Best juga cabaran ni. Memang payah le nak keluarkan bukti yang menunjukkan kegilaan seseorang. Kalau dalam cerita filem yang mengkisahkan tentang seseorang tu hanya orangramai yang memberi gelaran kepada seseorang hero atau penjahat. Macam cerita Zorro , Lone Ranger, Robin Hood atau sebagainya. Semua watak-watak hero tersebut diberi gelaran oleh penduduk mengikut tindak tanduk yang dilakukan oleh HERO.
Tindak tanduk DHA ni pun orangramai boleh nilai dan memberi gelaran kepada beliau. Hairan juga aku, dulu semasa menjadi ahli dan pimpinan PAS tak pernah keluar pun kenyataan yg demikian. Bila sudah dipecat maka nampaklah bahawa PAS tu telah lari dari dasarnya.Macam kisah laki bini juga le kot...bila dah bercerai baru kata sisuami atau isteri tu teruk.
Alahai..selama lebih kurang 54 tahun ni umno,umno(Baru) dan be end yang dilihat merosakkan Islam.Bermacam-macam alasan dan pendekatan Islam telah dikeluarkan oleh mereka,tapi hasilnya umat Islam Malaysia makin tinggal nama.Bila saja umat Islam makin teruk maka PAS juga yang jadi sasaran,kononnya sudah tidak memperjuangkan Islam kerana takut kepada cina DAP. Ini bermakna perjuangan PAS selama ini betul la, tapi dikelabukan mata hati rakyat Malaysia oleh umno dan be end tentang perjuangan tersebut. Kenapa tak disebut demikian oleh bekas-bekas ahli PAS ni..
Kalau setakat tukar slogan pun dah tak tau nak bezakan,lebih baik tak payah digelar Doktor atau cendiakawan.Slogan dan Dasar perjuangan tentu le berbeza. Dasar masih kekal tetapi slogan dibuat mengikut arus semasa.Cuma umno(Baru) je slogan depa tetap begitu..Dulu Kini dan Selamanya. Pelaksanaan kepada dasar perjuangan umno pun orang kampung aku kata 'wang wing' merewang merata.
Rasanya gini la orang yang berprinsip semasa kuat bukan main bangga,bila dah nak rebah mula le disalahkan merata termasuk umno(baru) dan Be End. TEBAS aje la puak-puak gini pru 13 nanti.

06 Februari, 2012

Malaysia kena tebas lagi

06/02/2012

MANAMA 6 Feb.- Skuad Olimpik negara tewas 1-2 kepada skuad Olimpik Bahrain di Stadium Nasional Bahrain sebentar tadi dalam aksi Kumpulan C pusingan kelayakan bolasepak Sukan Olimpik 2012.
Dengan kekalahan itu bermakna Malaysia secara rasmi terkeluar daripada persaingan merebut slot ke Sukan Olimpik selepas mencatatkan kekalahan empat kali berturut-turut dan berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-8.

Nak tonton juga melalui tv,atapi penonton yg sorak aku..terlena. Malaysia kena TEBAS kali ni.
Harap-harap akan meningkat le tahap dan mutu permainan akan datang.

05 Februari, 2012

Hukuman berat menunggu

  Ingat naa..hangpa ni jangan dok kritik persatuan,nanti kami ambil tindakan..  
 


KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) bakal mengenakan hukuman berat terhadap mana-mana atlet atau jurulatih yang secara terbuka melemparkan kritikan terhadap badan induk tersebut.
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sekiranya didapati bersalah, pihaknya bakal mengeluarkan surat amaran keras atau dikenakan hukuman penggantungan ke atas atlet yang terbabit.
Kata Shahidan, keputusan tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan imej KOM tercalar.
"Kami telah mempunyai senarai mereka yang bakal diberi amaran keras dan digantung namun saya tidak akan mengumumkannya sekarang tetapi akan dibawa ke mesyuarat JKK (Jawatankuasa Kerja) bersama MSN (Majlis Sukan Negara) pada 13 Februari ini.
"Kita tidak mahu imej KOM tercalar disebabkan isu tersebut," kata Shahidan ketika sidang media selepas mensyuarat khas KOM di Bukit Jalil kelmarin.
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Lepas ni..ramai le para atlet buat demo pula..macam menentang AUKU...atau akur saja dengan keputusan tu. Kalau menentang atau kritik keputusan tu kena tindakan pula. Hentam sajalah oooii...ada ISA nak gubal baru atau pinda je. Bila pembangkang mengkritik pihak pemerintah..dikatakan nak jatuhkan kerajaan pula.Umno(Baru) serta Be End di Kelantan,Kedah,PP dan Selangor yang jadi pembangkang sekarang..elok le jangan buat dakyah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.
Aku yakin puak umno(Baru) ni tetap akan kata negeri-negeri tu diperintah oleh pembangkang...apa punya bangang pun aku tak tau.
Habis le..sikit-sikit hukuman berat..macam kes jenayah pula.Bila le sukan negara kita nak maju.
Jalan mudahnya...kita tumbangkan umno(baru) dan be end masa pru 13 nanti dulu.Lepas tu kita cari alternatif lain untuk mempertingkatkan tahap sukan negara. Itu pun dikira kerja TEBAS juga.

02 Februari, 2012

umno belawok sejak merdeka..?

Muhyiddin berkata janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?.

( APADIA JANJINYA YIDIN OOIIII )

 "Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.
(Sinar Harian 2 Feb 2012)

 AIIIKKK.....ANAK SAPA NI HAAHH..

 

Sudahlah yidin oii...kami pun nak kata juga. 
CUKUPLAH RAKYAT MALAYSIA DITIPU OLEH UMNO SEJAK MERDEKA
KEMUDIAN DISAMBUNG LAGI OLEH UMNO(BARU) DAN BE END ...
 lebih baik you




 Kena TEBAS puak ni PRU 13 nanti.
 Kita buat laluan baru dengan pemandu baru.
Negara kita Malaysia juga.







Kita bila lagi..


 Pilihan raya sedang berlangsung di Kuwait setelah "GERAKAN MUDA" telah berjaya mendesak Perdana Menteri mereka meletak jawatan tahun lepas kerana  masalah RASUAH didalam negara mereka.
Seramai 287 calon yang layak bertanding untuk merebut 50 kerusi parlimen.
Para PENGUNDI MUDA Kuwait yang bersenjatakan Smart Phone dan menggunakan rangkaian Laman Sosial untuk menyusun kempen mereka sendiri.
Bravo orang muda Kuwait.
Antara isu yang sedang digunakan oleh blok pembangkang ialah RASUAH, PENYELUDUPAN DIESEL yang tidak diendahkan oleh pihak parti memerintah sebelum ini.
 
Kat Malaysia bila lagi ? Apapun ABU le. Kita guna Pemandu baru pula,mungkin akan jadi lebih baik dari selama 54 tahun dok bawah puak tu je..Belum cuba belum tau...jadi cuba dulu. Kalau depa bawa elok,kita terus bagi mandat. Andaikata Drebar baru pun gelong juga,kita tukar drebar lagi..Amacam geng.
Kita TEBAS je umporno(Baru) Be End tu.

tersemboi payudaranya




HWAYOUNG



KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo.
Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas pada episod 29, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.
Namun para peminat menyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Dunia..dunia...sendiri silap..lain orang yang salah...
Macam umno(baru) juga kot. 
Bila duit negara lesap berbilion RM maka yang salah kerana ekonomi dunia yang makin merosot.


  

mampoih habeh kalau biaq kat manusia

Saja..syok-syok masukkan gambaq ni..aku ternampak pagi tadi,lalu aku snap le hp cabok aku tu...nak bagi hangpa TEBAS otak lagi..fikir..fikir..fikir

Perangai manusia lebih teruk dari lembu kot...pisang pun depa kebas..apalagi emas....janji dapat jual seringgit dua RM..boleh juga beli benda haram jadah tu..lentok..lentok...haiiiii.
Hukum yang Allah tetapkan gini kee.. atau lebih teruk lagi dari yg ni..

cerdik tak boleh tumpang..bodoh tak dengar cakap

Aku rasa nak hurai sikit secara bodoh aku tentang KERAJAAN dan PARTI kerana ramai dikalangan rakyat Malaysia yang tak boleh membezakan antara PARTI dan KERAJAAN ataupun depa saja-saja buat tak faham. Pemimpin Umno(Baru) dan gerombolannya  dalam BN selalu bercakap tentang menjatuhkan kerajaan,menentang kerajaan atau menggulingkan kerajaan...Antaranya berita berikut:
 (mStar Online :1 Feb 2012)
KANGAR: Warga pendidik khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.
Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu ketika memberikan ingatan itu berkata sebagai golongan profesional dan intelektual, para guru perlu sentiasa berada di hadapan dan peka dengan usaha-usaha kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pendidikan.
"Saya tidak mahu golongan pendidik terpedaya dengan pihak yang mahu menggugat kekuatan kerajaan. Sama-samalah hindarkan diri daripada dakyah yang tidak membawa faedah dan merosakkan peribadi," katanya ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Perlis, di sini, Selasa.

Wujudnya sebuah KERAJAAN merangkumi tiga unsur:

1.Tanah yang diduduki yang disebut Negara atau Negeri
2.Penduduk yang menduduki tanah tersebut yang dipanggil rakyat.
3.Pemimpin yang dilantik dikalangan penduduk yang dipanggil Menteri atau Exco (samada melalui pilihan raya atau secara mewarisi turun temurun)

Tanah Malaysia ; Merangkumi dari Perlis hingga ke Johor di Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak di Pulau Borneo.
 aikkk..peta hijau pula
  
Penduduk ; Semua yang menjadi rakyat negara ini atau yang menduduki negara ini. tak kira bangsa,jantina dan umur.



Pemimpin : Mereka yang terdiri dari mana-mana PARTI yang dipilih oleh penduduk yang berdaftar sebagai pengundi didalam negara ini melalui proses pilihan raya dan parti tersebut mendapat undi majoriti yang membolehkan ia membentuk Kabinet Menteri diperingkat Persekutuan atau Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan diperingkat Negeri.(mengikut Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri)
Ketiga-tiga unsur ini mestilah wujud bagi membentuk KERAJAAN.Seandainya salah satu dari tiga unsur ini tiada maka tiadalah sebuah kerajaan.

Seandainya sesebuah parti itu ditolak oleh rakyat bukan bermakna rakyat menjatuhkan kerajaan tetapi menjatuhkan pemimpin atau parti tersebut.
Kerajaan Malaysia akan tetap wujud walaupun MAJORITI RAKYAT menolak parti umno(Baru) serta gerombolannya dalam BN dan memberi undi kepada gabungan parti PAKATAN RAKYAT (PR).

Woii..jangan dok memperbodohkan rakyat sendiri leee...yang cerdik pandai,boleh membaca dan mendengar pula jangan dok ikut puak-puak yang suka memperbodohkan orang...tak guna le hangpa ngaji tinggi-tinggi, boleh faham bermacam-macam istilah...bab nak bezakan KERAJAAN dan PARTI pun tak tau..lebih baik hangpa jangan dok dabik dada kata kamilah orang terpelajar.
kalau hangpa tau beza tapi nak ikut juga...hangpa TEBAS otak sendiri le..nak letakkan hangpa tu dok kat gulungan mana..Tapi orang akan kata hangpa tu gulungan Cerdik tak boleh tumpang sama taraf dengan gulungan Bodoh tak dengar cakap....apa-apa pun maaf ye..terkasar sikit.

01 Februari, 2012

SARA 1 Malaysia..nak sara sapa ni..

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

 

 

Telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita..Dato' Seri Haji Najib Tun Razak pada 12 Januari 2012. Tarikh pelancaran pun kira kawin.

 


Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.
Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan

- Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
- Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
- Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri-Ciri Pinjaman

 - Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  - Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
  - Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau   sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
  -Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
3. Peserta didapati muflis; atau
4. Peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan

ingat ka mummia Altantunya


IMEJ mumia yang dikesan mempunyai kes penyakit kanser prostat.


LISBON, Portugal - Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu.
Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah, Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.
Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.
Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.
Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik seorang raja di Rusia. - Agensi
 
Wow..melalui mummia pun boleh kaji kesan penyakit yang menyebabkan seseorang tu mati...Nasib baik tak ada mummia Altantuya,kalau tidak boleh kesan juga sebab apa dia mati.
Itulah sains dan kajiannya..tetapi sehebat-hebat manusia sains tak boleh kaji kenapa rambut manusia walaupun hidup berpuluh tahun tak membesar-besar juga,cuma boleh panjang je.
Itulah keagungan Allah Yang Maha Pencipta
  

memang kepala babi betul puak tu..


Sebulan dua yang lepas di Johor. Ni berlaku di Rawang, Selangor pula pada pagi semalam.Jemaah Masjid Nurul Iman (Rawang) mendapati ada pula makhluk yang pi letak kepala babi yang dah dipanggang betul-betul di hadapan tangga pintu utama masjid.

Tok Siak Masjid, Nadzlan Ambak terkejut apabila melihat kepala babi  yang diletakkan elok di pintu masjid seperti barang perhiasan untuk tontonan tetamu ketika beliau sampai di masjid lebih kurang jam 5.15 pagi.

 Apa nak jadi ni..kalau selalu begini. Takut ada puak yang tak boleh fikir secara rasional ambil tindakan balas pula. Tapi nak ambil tindakan balas tu kat sapa pula ? Bukan kita tau sapa yang lakukan atau puak mana yang lakukan.Nak tuduh orang kafir pun boleh..tapi mana buktinya ? Nak tuduh bangsa sendiri pun boleh..tapi apa buktinya ?

Pasti ada gulungan yang ingin membakar sentimen perkauman atau agama.Kepala babi betul puak ni.

Jadi kena bertenang le..jangan gopoh gapah. Kan PDRM ada..cepat dan pantas. Ceramah belum dibuat depa dah sampai..Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Bersama-samalah kita berdoa agar sipelakunya menerima balasan yang setimpal.
Disamping tu sebagai umat Islam,kita mesti memantapkan lagi aqidah dan perjuangan kita agar selepas ini kita dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Melayu kita perkasa jati Islam

SHAH ALAM: Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

Katanya, JATI yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.
Katanya, ia berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.

Pakat-pakat tubuh organisasi sendiri dah. 



Dulu Zaid Ibrahim dengan KITA. 
Suara KITA dah makin sayup-sayup je.Entah wujud entahnya tidak.




 Lepas tu Ibrahim Ali pula dengan Perkasanya. Lantang je suara Perkasa ni,tapi orang yang lantang-lantang tu pun entah kemana cara hidup Melayu dan Islamnya.






Ni mai pula JATI dengan Hassan Ali.
Demi Islam,Melayu dan Raja. Pakat-pakat tunggu dan lihat je rakyat Melayu Malaysia ni. Sekarang ni tengah popular macam selebriti dah, hingga ditayangkan dalam slot berita berita tv.

Berapa banyak Melayu daa.Semua mau bela Melayu dan Islam.Macam nak tergelak juga..umno pun gitu juga sejak ditubuhkan..Lepas tu mai pula parti baru melayu UMNO (BARU)..pun gitu juga hasratnya. Umno(Baru) yang berkuasa untuk menjalankan dasar bagi memperkasa Melayu dan Islam dilihat kemas setakat bangunan masjid jee.
Adakah semua hak orang Melayu dan Islam sudah terhakis ?..Mungkin ada sedikit baki-baki hak melayu yang belum terhakis.Sekiranya hak Melayu yang ada ini sudah makin terhakis,bagi aku puncanya adalah kerana KEGAGALAN Umno dan Umno(Baru) dalam mengatasinya.
Pemimpin Umno dan Umno(Baru) penuh dengan sikap ego yang tak bertempat. Tidak menerima pandangan ahli sendiri serta pandangan dari pihak lawan seperti PAS dalam menjaga Hak orang Melayu serta memperkukuhkan Islam didalam segenap sudut.
Kini natijahnya sedang berlaku sedikit demi sedikit.Mungkin juga ia seperti yang telah diperingatan kepada kita oleh junjungan besar Nabi SAW sejak lebih 1430 tahun dulu.

Rasulullah SAW pernah memperkatakan mengenai perpecahan di kalangan umat Islam. Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi bermaksud: 
"Orang Yahudi berpecah kepada 72 golongan dan orang Nasrani juga berpecah sebanyak itu, tetapi umatku akan berpecah kepada 73 golongan." Daripada 73 golongan itu, hanya satu golongan akan memasuki syurga, sedangkan yang lain itu bakal menghuni neraka.

Faktor utama menyebabkan perpecahan umat Islam ialah perebutan kuasa pemerintahan. Islam agama universal yang mementingkan perpaduan berdasarkan kepada satu matlamat iaitu mencari keredaan Allah. 
Pakat-pakat TEBAS otak lagi le Melayu ni..Dah le semak kat tepi dan belakang rumah jarang di tebas. Inikan pula nak TEBAS otak bagi clear bab Islam dan politik.

31 Januari, 2012

naga hijau lawan naga biru

 Haiya...tahun baru Cina baru saja lepas...berdentum dentam bunyi mercun..Sekarang,masing-masing dah kerja semula. Bagi kaum Cina..mereka bercuti untuk menyambut perayaan tahun baru mereka. Bagi yang bukan Cina..cuti sakan juga...relax..ada yang buat kenduri kahwin. Tahun ni mengikut kalendar cina Tahun Naga..wah depa percaya akan bertambah makmur. Itu kepercayaan mereka.
Selepas ni ada lagi satu perayaan bagi kaum cina iaitu Chap Goh Meh.Ia disambut pada 15 haribulan pertama setiap tahun.Perayaan pada tarikh ini juga menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Chap_Goh_Mei.

Aku bukan nak komen bab kaum Cina ni. tapi pasai orang Melayu Islam sendiri. Bila sampai je perayaan apa pun pakat kalut juga walaupun bukan perayaan yang ada dalam Islam. Berdentun dentam juga di kawasan penempatan orang Melayu dengan bunyi mercun. Sama naik dgn kaum Cina. Mungkin yang ni merupakan kemuncak asuhan umnoo selama lebih 50 tahun memperjuangkan bangsa Melayu. 1 Malaysia le..bangganya..hahahha lingkup.
Mana jatidiri Melayu dalam menjaga budaya sendiri. Menghormati dan meraikan perayaan kaum lain pun berpada-pada le. Kena ada sempadannya juga. Kita ada budaya kita dan kita ada pegangan kita "Addin" yang mencakupi semua aspek kehidupan.

TEBAS dalam telinga tu supaya boleh dengar..TEBAS semak dalam hati supaya jadi lebih bersih.

nyawa pun kena cabut nak heran apa.

Gelaran Profesor Ditarik Balik Tidak Jejas Kredibiliti – Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari. Foto UU BAN.
PETALING JAYA: Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran profesornya yang digugurkan oleh universiti itu langsung tidak menjejaskan kredibilitinya.
“Gelaran profesional itu kerana ilmu saya dan bukannya pangkat di universiti. Jika UIAM mahu gugurkan gelaran itu, saya tidak kisah.
“Ia sedikitpun tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang yang berilmu untuk terus memberi pendapat dan pandangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Dr Abdul Aziz mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Komunikasi UIAM, Abdul Rahim Ahmad bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu baru-baru ini.
Menurut Dr Abdul Aziz, beliau merasakan tindakan UIAM merupakan sesuatu yang lucu kerana pengumuman pengguguran gelaran itu tidak pernah berlaku di negara ini.


Syok juga tengok kelaku gulungan pembodek ni...bab gelaran gini pun dok ulas macam orang yang tak pernah belajar tinggi-tinggi. Kalau habaq kata semua harta hang kami tarik kerana ia hasil dari gaji hang masa dok kerja kat tempat kami mungkin le orangramai akan tau ada peraturan tu rupanya. Nyawa pun kena cabut nak heran pa.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/31/mstar_berita/20120131121108&sec=mstar_berita

kerana DAP melayu PP merempat..betoi kaa.

Persoalan..adakah Melayu semakin terpinggir selepas PRU 12 dulu ?
Nak ku rujukkan ke negeri Pulau Pinang.
Ni petikan dari...

GEORGE TOWN – Kira-kira 7,000 penduduk di negeri ini didakwa tidak mampu memiliki rumah sendiri dan terpaksa hidup menumpang kerana harga kediaman yang melambung tinggi sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan mereka terutamanya orang Melayu menumpang di tanah wakaf, tanah kerajaan negeri atau tanah individu dan hanya menunggu masa untuk diusir keluar sekiranya kawasan tersebut dimajukan pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keadaan menyedihkan itu sudah lama berlaku atas pelbagai sebab termasuk penjualan tanah oleh pemilik asal.
Katanya, kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengambil langkah membangunkan beberapa kawasan terutama bahagian pulau dengan membina rumah mampu milik sama ada jenis pangsapuri kos rendah atau sederhana.
“Malangnya, sejak kerajaan negeri bertukar tangan kepada DAP, pembangunan rumah mampu milik terbantut.
“Ramai penduduk di sini terpaksa berhijrah ke negeri Kedah dan utara Perak apabila tanah yang mereka diami diambil semula oleh pemiliknya selain harga rumah yang tinggi,” ujarnya pada sidang akhbar selepas menziarahi seorang warga emas di Tanjong Tokong di sini semalam.

Selepas DAP menerajui pemerintahan Pulau Pinang dengan mealaksanakan apa yang terdapat didalam manifestasi perjuangan parti mereka,maka mulalah kedengaran suara lantang para pemimpin umno Pulau Pinang khususnya dalam usaha menarik sokongan terhadap umno. Mereka bersuara lantang dengan berbagai gelagat dari tunjuk pungkoq hingga ke kek TAIK yang kononnya berjuang untuk membela Melayu.
Ingin aku membawa kembali ketahun-tahun sebelum PRU 12, apakah benar majoriti Melayu di Pulau Pinang sudah hidup selesa ?..Sudah tentu tidak..Ketua tunjuk pungkoq sendiri telah mengakui akan masalah Melayu
(Kebanyakan mereka terutamanya orang Melayu menumpang di tanah wakaf, tanah kerajaan negeri atau tanah individu dan hanya menunggu masa untuk diusir keluar sekiranya kawasan tersebut dimajukan pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keadaan menyedihkan itu sudah lama berlaku atas pelbagai sebab termasuk penjualan tanah oleh pemilik asal).
Persoalannya lagi..adakah selama berpuluh tahun sebelum ini,umno sudah berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah MENUMPANG ditanah wakaf,tanah kerajaan atau tanah individu ini ? Aku akui ada TETAPI tidaklah seberapa. Sekiranya benar umno dan mereka yang bersuara sebagai Pembela Melayu ini jujur dalam perjuangan sudah tentu ramai Melayu dan orang Islam di PP tidak menjadi seperti pendatang.

Sedarkah kita bahawa kenyataan Ketua Pembangkang PP ni diambil dari statistik pada tahun 2010 ?  Cari punya cari..terjumpalah satu artikel dari blog puak umngok yang diterbitkan pada 12 Nov 2010..antaranya berbunyi begini ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...